Date: Rabu, March 3, 2021

Pada 2 Mac 2021 (Selasa), satu Majlis Penghargaan kepada Rakan Strategik dan Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2020 (HPTN 2020) telah dianjurkan secara maya. Majlis ini dianjurkan secara santai dengan slot Sesi Bual Bicara dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya YBhg. Datuk Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat (CDPK).

YBhg. Dato’ Ir. Ketua Pengarah Kerja Raya menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan strategik dan Jawatankuasa Kerja yang bertungkus lumus menjayakan Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2020 (HPTN 2020) yang lalu. Sambutan HPTN 2020 melibatkan kolaborasi bersama 51 rakan strategik yang terdiri daripada pelbagai Kementerian dan Jabatan kerajaan, pertubuhan teknikal, institusi pengajian tinggi, organisasi swasta dan syarikat pembuatan.

Sambutan HPTN 2020 terdahulu telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Disember 2020 dan berlangsung sepanjang bulan Disember 2020. Pelbagai pengisian program webinar, pertandingan dan lain-lain aktiviti telah berjaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan program HPTN 2020 mencecah sehingga 1.05 juta capaian.

Statistik turut menunjukkan pengendalian 49 webinar anjuran bersama pelbagai agensi, dengan penglibatan seramai 121 speaker telah berjaya mencapai tontonan langsung (live feed) mencecah 58 ribu. Selain itu, facebook dan twitter rasmi HPTN 2020 juga mencatatkan 334 ribu capaian penonton dan dapat mengumpul seramai 2700 followers.

Majlis juga diisi dengan ucapan daripada wakil rakan-rakan strategik dan wakil Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja yang terlibat sepanjang sambutan HPTN 2020 seperti berikut:

Ucapan Oleh Wakil Rakan-Rakan Strategik HPTN 2020 meliputi organisasi berikut:

  1. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

-En. Azman bin Mohd Jais

  1. Lembaga Arkitek Malaysia (BAM)

-Ar. Zairul Azidin bin Badri

  1. The Institution of Engineers Malaysia (IEM)

-Ir. Ong Ching Loon

  1. Universiti Teknologi MARA (UiTM)

-Professor Ir. Dr. Norlida Bunyamin

  1. CELCOM

-En. Azlan bin Zainal Abidin

  1. THB Maintenance Sdn. Bhd.

-En. Mohd Firdaus bin Mohd Termizi

  1. DAIKIN Malaysia

-En. Lee Wai Kok

Ucapan Oleh Wakil Jawatankuasa Kerja HPTN 2020 seperti berikut:

  1. Ir. Suhaili bin Mansor (Pengurus Program, mewakili Urusetia Induk, Jawatankuasa Jemputan dan Komunikasi dan Jawatankuasa Video dan Lagu Tema HPTN 2020)
  2. Dr. Maziah binti Mohammad (Jawatankuasa Pertandingan 1)
  3. Ir. Muhammad Fadzli bin Muhammad Saleh (Jawatankuasa Pertandingan 2)
  4. Sr. Dr. Khairil Hizar bin Md. Khuzaimah (Jawatankuasa Jalinan Kerjasama)
  5. Puan Zamzarina binti Mohd Sarin (Jawatankuasa Media Elektronik)
  6. Hj. Effendi bin Mohd Sood (Jawatankuasa Media dan Hebahan)
  7. Ir. Ana Salmi binti Ahmad Salman (Jawatankuasa Media Sosial)
  8. Ir. Atikah binti Abdul Hamid (Jawatankuasa Selebriti)

Majlis diakhiri dengan simbolik penyerahan cenderahati oleh YBhg. Dato’ Ir. Ketua Pengarah Kerja Raya kepada rakan-rakan strategik dan Jawatankuasa Kerja HPTN 2020 secara maya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan strategik dan rakan penaja kerana sudi bekerjasama dalam menjayakan Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara bagi tahun 2020. Semoga kolaborasi yang terjalin akan kekal berterusan di masa akan datang. Terima kasih semua!