Date: Jumaat, March 4, 2016
Majlis Penghargaan Program Pementoran 2015 dan Pemadanan Pementoran 2016 telah diadakan pada 3 Mac 2016 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid,Kementerian Kerja Raya Malaysia.Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk membina perhubungan sinergetik melalui pertemuan, perbualan, pemerhatian dan proses pembelajaran yang mampu membentuk pencapaian matlamat, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Program ini adalah selaras dengan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil 18 Tahun 2005.
Program bermula jam 9.00 pagi dengan Ceramah Motivasi oleh En. Aswandi b Omar dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Psikologi, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian Oleh YBhg. Datuk Ir.Hj.Adanan b Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya.
Antara pengisian aktiviti sempena program tersebut adalah Penyampaian Sijil Penyelaras, Sijil Penghargaan Mentor Sesi 2015, Sijil Pelantikan Mentor-Menti Sesi 2016 dan Anugerah Mentor-Menti Cemerlang Sesi 2015.Majlis berakhir pada jam 1.00 tengahhari.
Oleh itu adalah diharapkan program yang dilaksanakan ini dapat memantapkan lagi jabatan dan menghasilkan warga kerja yang cemerlang, proaktif dan berkemahiran dalam bidang masing-masing.






- 830 bacaan