Date: Rabu, Jun 21, 2023

Pada 15 Jun 2023 (Khamis) telah berlangsung Majlis Pentauliahan CBAS Tahun 2022 dan Penyampaian Sijil CCPM Tahun 2021 yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato’ Ir. Haji Zulkipli bin Haji Nasri di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Majlis ini bertujuan untuk mentauliahkan pegawai-pegawai yang telah berjaya menamatkan Program Pensijilan Pengurus Projek Bertauliah – Competency Based Assessment System (CBAS) pada tahun 2022 melibatkan seramai 98 orang pegawai yang terdiri daripada 2 orang pegawai tahap Registered Program Director (RPD), 79 orang pegawai tahap Registered Project Manager (RPM) dan 18 orang pegawai tahap Qualified Project Practitioner (QPP). Program Pensijilan Pengurus Projek Bertauliah – CBAS yang dikelolakan oleh Unit Sistem dan Kompetensi Pengurusan Projek, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) bertujuan untuk menggalakkan penggunaan amalan terbaik dalam pengurusan projek disamping meningkatkan kompetensi pengurus/pasukan projek di setiap peringkat JKR.

Pada majlis ini turut disampaikan Sijil Certified Construction Project Manager (CCPM) kepada pegawai-pegawai yang telah diiktiraf melalui Mutual Recognition Agreement (MRA) bersama CIDB seramai 111 orang pegawai. Selain itu, majlis ini turut mentauliahkan seramai 7 orang pegawai sebagai Assessor Bertauliah JKR dan memberikan penghargaan kepada 40 orang Assessor Bertauliah JKR dan Bersara yang telah menyumbang khidmat bakti sebagai pegawai penilai bagi Program CBAS tersebut.

Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima sijil.