Date: Jumaat, Disember 8, 2023

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA JKR MALAYSIA SEBAGAI RAKAN STRATEGIK PROJEK PEMBANGUNAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

BUKIT JALIL - Pada 8 Disember 2023 (Jumaat) telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada JKR Malaysia sebagai Rakan Strategik Projek Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Pentas Utama, Stadium Bukit Jalil.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina binti Sidek dan disampaikan kepada wakil JKR Malaysia bagi pelaksanaan projek seperti berikut:

i. Projek Pembinaan Semula Bangunan Daif di Sekolah Tahun 2023 dan Projek Rintis di SK Bandar Baru Bangi : 
YBhg. Dato' Ir. Dr. Balamurugan a/l A Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) dan Ir. Ts. Mohd Zamri bin Mohamud, Jurutera  Daerah JKR Hulu Langat.

ii. Pematuhan Penggunaan Kaedah IBS di SK Gambang di mana KPM menjadi juara dalam Kategori Kos Keseluruhan Projek Laksana IBS Melebihi RM1Bilion : 
Ir. Nor Azizah binti Muhammad, Bahagian Pendidikan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS) dan Ir. Ts. Suhamain bin Sulan, Jurutera Daerah JKR Kuantan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan projek yang terlibat di atas komitmen dan dedikasi dalam pelaksanaan projek-projek ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak KPM di atas penghargaan yang diberikan dan semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan bagi memberi lebih manfaat kepada rakyat & negara.