Date: Jumaat, Mei 31, 2019

Pada 18hb Mac 2019 sehingga 20hb Mac 2019, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah melaksanakan pengauditan pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia bagi enam (6) buah blok di Ibu Pejabat iaitu:

i.   Menara Kerja Raya (Blok G);
ii.  Menara PJD;
iii. Blok A (Lama);
iv. Blok B (Lama);
v.  Blok D; dan
vi. Blok E

Berdasarkan penilaian yang telah dibuat, Ibu Pejabat Jkr Malaysia adalah layak dipersijilkan berdasarkan sijil pengiktirafan EKSA yang telah dikeluarkan oleh pihak MAMPU bertarikh 15 April 2019.

Tiga (3) buah bangunan ibu pejabat telah berjaya meraih keputusan ‘Cemerlang’ iaitu:
i.   Menara Kerja Raya (Blok G);
ii.  Menara PJD; dan
iii. Blok A (Lama)

Tiga (3) buah lagi bangunan telah dikategorikan sebagai ‘Baik’ iaitu:
i.   Blok B (Lama)
ii.  Blok D; dan
iii. Blok E

Penyampaian sijil telah dilaksanakan oleh Y.Bhg Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Hj. Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia kepada penghulu bangunan yang terlibat pada 30 Mei 2019 bertempat di Menara Kerja Raya.

Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada warga JKR atas usaha, kerjasama dan komitmen dalam proses pensijilan tersebut. Diharap agar pembudayaan dan amalan EKSA dapat diteruskan supaya pensijilan ini dapat dikekalkan.


Disediakan Oleh

Penyelaras Eksa Ibu Pejabat Jkr Malaysia
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat
Tingkat 31, Menara Kerja Raya (Blok G)
Ibu Pejabat Jkr Malaysia
50480 KUALA LUMPUR

03-2618 8695 / 8685 / 8682 / 8404