Date: Jumaat, April 1, 2016
Majlis Penyerahan Bangunan Baru Perpustakaan Awam Negeri Pahang (PPAP) telah diadakan pada 28 Mac 2016. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan YBhg  Dato' Shahaniza Shamsuddin,  Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. Majlis ini turut disertai oleh YBrs. Dato' Ir. Abdul Jalil bin Mohamed, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dan YBrs. Hjh. Faridzah Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP),YBrs. Hj Mohamed Isa b Hussain, HODT Arkitek serta para tetamu jemputan.
 
Pada dasarnya, idea bagi Bangunan Baru Perpustakaan Awam memberi keutamaan kepada konsep bangunan terbuka yang memberi ruang legar yang besar serta ciri-ciri senibina hijau. Rekabentuk lestari (sustainable) yang menjamin kesejahteraan alam sekitar. Rekabentuk yang memberi ruang kepada orang awam untuk menghayati dan fokus kepada bahan bacaan. 
 
Latar belakang projek:
 
   1. Direkabentuk secara dalaman (in-house) sepenuhnya oleh JKR.
   2. Projek yang disiapkan dengan mempunyai penjimatan kos berbanding kos awal RM40 juta.
   3. Perpustakaan moden pertama di negeri ini, dan yang ketiga di Malaysia; mengabungkan perpustakaan dan pusat Petrosains.
   4. Konsep rekabentuk pelan - diilhamkan dari 'gading' yg terdapat di dalam jata negeri Pahang.
   5. Fasad bangunan diambil dari idea tenun songket Pahang yang sememangnya terkenal di negeri Pahang.
   6. Warna-warna yg digunakan; oren umpama benang emas songket yg ditenun dan akan bersinar apabila dipancari matahari. 
 
- Simbol kekayaan
   7. Simbol kekayaan itu juga melambangkan ilmu yg tinggi.
   8. Kotak-kotak yang menonjol merupakan 'methaphor' yang diilhamkan dari geometri corak-corak tenun.
   9. Warna-warna segar yg lain merupakan daya penarik kepada semua pengunjung bagi menanam sifat suka berkunjung.
  10. Nilai estetika seperti sebuah 'shopping mall' (tidak menampakkan rupa gaya yang biasa seperti bangunan institusi kerajaan)'
 
Semoga idea yg diilhamkan ini dapat direalisasikan bagi menggamit pengunjung yg datang ke perpustakaan.