Date: Jumaat, November 24, 2017

Majlis penyerahan bangunan SK Lenjang dan SK Titom, Lipis, Pahang di bawah program sekolah daif menggunakan kaedah IBS telah berlangsung dengan jayanya pada hari Rabu, 22 November 2017 di kedua – dua tapak projek sekolah tersebut.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Sri Ir. Dr. Roslan Bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia kepada En. Amin Nollah Bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis, Pahang. Skop kontrak SK Lenjang melibatkan pembinaan 1 Blok 3 bilik darjah dan lain-lain kerja berkaitan dengan kos kontrak sebanyak RM586,199.00. Manakala kos kontrak SK Titom pula adalah sebanyak RM576,269.00 dengan skop kerja yang sama. Walaupun menghadapi kesukaran terutamanya logistik ke tapak projek, kedua – dua projek tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh 6 bulan.

Montaj menunjukkan kesukaran laluan ke tapak projek serta inisiatif JKR di dalam memastikan projek tersebut dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak pelanggan. Bersama – sama ini disertakan link montaj sekolah daif untuk tontonan semua;

https://youtu.be/8P8NZy4JOs0 (link is external) (link is external)

JKR Sentiasa bersama anda
#infrarakyat
#negaraku