Pada 26 Ogos 2024 (Isnin), bertempat di Blok G, Menara Kerja Raya, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Buku Pelan Antirasuah Organisasi(OACP) 2021-2025 Semakan Semula Separuh Penggal.
Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Integriti, CDPK ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah CDPK. Penghasilan Buku Pelan Antirasuah Organisasi(OACP) 2021-2025 Semakan Semula Separuh Penggal merupakan salah satu usaha untuk mengurangkan salah laku yang melibatkan integriti dan rasuah di kalangan warga jabatan seterusnya ke arah jabatan bersih dan bebas rasuah.
Untuk makluman, Pelan OACP jabatan asalnya telah dibangunkan pada tahun 2020-2021. Pembangunan Buku Semakan Semula Separuh Penggal OACP pula telah disiapkan pada awal tahun 2024, hasil kerjasama daripada semua peneraju dan ahli Jawatankuasa OACP yang dilantik.
Majlis disusuli dengan sesi penyerahan Buku Pelan Antirasuah Organisasi(OACP) 2021-2025 Semakan Semula Separuh Penggal oleh YBhg. Dato’ Pengarah CDPK kepada kesemua sebelas (11) peneraju OACP iaitu : -
- Cawangan Arkitek;
- Cawangan Perancangan Aset Bangunan (CPAB);
- Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB);
- Pusat Kecermerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE);
- Bahagian Pengurusan Kualiti;
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia;
- Bahagian Komunikasi Korporat;
- Bahagian Integriti;
- Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan;
- Bahagian Sekretariat;
- Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik.
Kesemua Ahli Jawatankuasa ini berperanan untuk mengkaji semula inisiatif sedia ada serta membuat penambahan inisiatif. Terdapat 10 inisiatif yang telah digugurkan dan terdapat 5 inisiatif baru.
Warga jabatan boleh terus memuat turun dokumen tersebut melalui laman J-Portal. Semoga OACP ini dapat digunapakai oleh seluruh warga JKR bagi meningkatkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam proses pentadbiran kerajaan sekaligus mengurangkan amalan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa melalui program-program yang dilaksanakan serta membuat penambahbaikan atau program baharu yang lebih sesuai.
- 751 bacaan