Majlis Penyerahan Cadangan Pemasangan Sistem Simple Approach Light telah diadakan pada 28 Januari 2019 (Isnin) bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, disempurnakan oleh YBrs. Hj Wan Ahmad Shukiman bin Wan Ja’afar, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pengangkutan YBhg. En Abdul Haris bin Lakar.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. En. Yaakup bin Abu Bakar, Pengurus Operasi Malaysia Airports Holdings Berhad, Kuching selaku pengguna, pegawai-pegawai kanan dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Malaysia Airports Holdings Berhad, Kuching, pegawai kanan dari HOPT, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengangkutan JKR,pegawai-pegawai Pasukan Projek Khas 2 serta kontraktor projek.
Pengarah Projek Khas 2 dalam ucapannya melahirkan rasa gembira kerana projek telah dapat disiapkan lebih awal pada 18 Disember 2018 iaitu 1 MINGGU lebih awal dari tarikh siap semasa pada 24 Disember 2018. Beliau mengucapkan tahniah kepada kontraktor dan juga pasukan projek di tapak serta pihak pelanggan dan pengguna yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan penyiapan projek ini.
SUB(P) Kementerian Pengangkutan di dalam ucapannya pula menyatakan bahawa beliau berpuas hati kerana projek telah dapat disiapkan lebih awal dari tarikh siap semasa. Beliau berharap agar dengan penyerahan ini, keperluan semasa MAHB Kuching dapat dipenuhi dan dapat memberikan manfaat kepada Sistem Penerbangan di Kuching.
Skop projek utama bagi projek ini adalah seperti berikut :
- Pemasangan Sistem Simple Apprroach Light
- Kerja-kerja Pembinaan Pagar
- Kerja-kerja Turfing
- Kerja-kerja Pembinaan Jalan Servis
Pihak pelanggan amat berpuas hati dengan kualiti pembinaan bagi projek ini dan berharap kerjasama baik di antara JKR dan Malaysia Airports Holdings Berhad dapat diteruskan bukan sahaja semasa tempoh tanggungan kecacatan untuk projek ini tetapi juga untuk projek-projek pembinaan akan datang. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengangkutan sebagai HOPT dan HODT JKR serta Pasukan Projek Khas 2 dalam memastikan mutu rekabentuk dan pembinaan yang tinggi.
- 1404 bacaan