Date: Selasa, Oktober 15, 2024Pada 7 Oktober 2024 (Jumaat), Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Membina Jalan Baru Dari Solok Ayer Limau Ke Kampung Jeram, Masjid Tanah, Melaka telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. HJ. Mohamad Salzeli Bin Moktar, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka kepada YBrs. Tuan Azman Bin Kassim,Timbalan Setiausaha Bahagian Prasarana Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah. Pembukaan jalan tersebut telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh Ketua Menteri Negeri Melaka
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md Ali Mantan Ketua Menteri Melaka KE-12, ADUN Lendu; YB Datuk Wira Ibrahim Bin Durum Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Dato’ Azhar Bin Arshad Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Hameed bin Mytheen Kunju Basheer Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka dan Tn. Ir. Mohd Haidir Bin Haron Jurutera Daerah JKR Alor Gajah.
Hadir sama adalah Pegawai-Pengawai daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Pegawai-Pegawai Kanan JKR Negeri Melaka, Pegawai Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia, dan Pasukan Kontraktor Utama dan NSC Elektrik.
Jalan raya sepanjang 3.0km dengan kelebaran 6m dan piawaian JKR R2 ini dibina bagi mengurangkan konflik kesesakan lalu lintas disamping meningkat dan memudahkan urusan sosio-ekonomi penduduk kampung sekitar kawasan Ayer Limau.
Pengarah JKR Negeri Melaka dilantik sebagai Pengawai Penguasa (PP) dan dibantu oleh Jurutera Daerah Alor Gajah selaku Wakil Pegawai Penguasa (WPP) selain Penyelia Tapak Bina (PTB) serta anggota pasukan yang lain.
Projek ini telah dimulakan pada 22 Febuari 2022 dan berjaya disiapkan 54 hari awal dari tarikh siap asal (24 November 2024), berdasarkan kepada Perakuan Siap Kerja CPC yang telah dikeluarkan pada 01 Oktober 2024. Projek ini telah berjaya disiapkan secara 10 dalam 1 iaitu:-
i. Perakuan Siap Kerja (CPC)
ii. Penyediaan Lukisan Siap Bina
iii. SOFA (Statement of Final Account)
iv. Penjimatan (Dari jumlah Siling Projek)
v. Tempoh Projek @ A Head Schedule (Awal 54 hari)
vi. Sifar (0) Kemalangan Di Tapak
vii. Pematuhan Traffic Management Plan (TMP)
viii. Pematuhan Standard Kualiti Alam Sekitar
ix. Penilaian Tahap Kepuasan Pelanggan
x. Kualiti Pembinaan memenuhi Standard & Spesifikasi
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka, pihak kontraktor projek dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya.
#IamJKR
#KitaJKR
#JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat