Date: Jumaat, April 7, 2023

Majlis Penyerahan Goodies Ramadan Kelab Sukan dan Kebajikan CDPK (KSKCDPK) telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ir. Hj. Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat selaku Pengerusi, Kelab Sukan Dan Kebajikan CDPK (KSKCDPK) telah dijalankan pada 06 April 2023 (Khamis) yang bertempat di Aras 30, Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Penyerahan Goodies Ramadan ini telah diserahkan kepada Ketua-ketua Bahagian di Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Sumbangan ini diberikan kepada 386 orang warga CDPK bertujuan bagi menghargai warga kerja CDPK yang sentiasa menyokong dan memberikan komitmen yang tinggi untuk setiap program dan aktiviti yang dijalankan.