Date: Isnin, March 25, 2024

Kuala Lumpur, Isnin – Pada 25 Mac 2024 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan bagi Kerja-Kerja Penggantian Cermin Bangunan Di Blok B Kompleks Kerja Raya. Majlis Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya di Bilik Melati, Blok B, Kompleks Kerja Raya.

Turut hadir sama adalah YBrs. Tuan Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan); YBrs. Ir. Ahmad Shahruzi Bin Ahmad, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan; YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman Bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) selaku Pegawai Penguasa; pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Kerja Raya, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR WPKL dan pihak kontraktor projek.

Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 1 Jun 2023 dan telah siap sepenuhnya pada 9 Februari 2024.

Skop kerja utama projek adalah penggantian cermin dan tingkap kaca Blok B dan Blok C, Bangunan Kompleks Kementerian Kerja Raya. Projek ini merupakan Fasa 2 selepas projek penggantian cermin dan tingkap kaca di Blok A dan Blok C (Dewan Tan Sri Mahfoz) yang telah siap dengan jayanya pada tahun 2022.

Projek ini turut berjaya diserahkan secara 7 dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 9 Februari 2024
  2. Penyiapan Lukisan Siap Bina (As Built Drawing)
  3. Penyata Akaun Muktamad (Statement of Final Account)
  4. Penjimatan Kos Siling Projek
  5. Dokumen Penyerahan
  6. Zero Accident dalam tempoh pembinaan
  7. Zero Major Defect

YB Timbalan Menteri Kerja Raya mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat termasuk Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia, kontraktor utama dan lain-lain pihak yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan projek ini berjaya disiapkan mengikut skop, kos dan tempoh yang telah ditetapkan.

P1

P1


P3

P5

 

P8

P10

P15

P20