Date: Selasa, Januari 21, 2025

Pada 20 Januari 2024 (Isnin) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap JKR Wilayah Persekutuan (WP) Labuan Bagi Tahun 2024.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Simsudin Bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan. Turut hadir bersama menyaksikan majlis tersebut adalah YBrs. Ir. Hj. Mohd. Faizul Bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR WP Labuan, YBrs. Brigedier  Jeneral Koey Tang Chai TUDM, Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2, YBrs. Bridget Jeneral Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM,Komander Pangkalan Udara Labuan, YBrs. Ir. Ts. Azali bin Ardy @ Azali Ah Siong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan, Perbadanan Labuan dan wakil-wakil agensi.

Majlis ini adalah bertujuan untuk memberikan penghargaan dan apresiasi kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan kerja-kerja di bawah seliaan JKR WP Labuan sepanjang tahun 2024.

Penyerahan kerja melibatkan kerja-kerja di 11 agensi seperti berikut yang terdiri daripada 60 kerja dengan kos RM10.6juta ;

  1. Bahagian Pengurusan Hartanah (Jabatan Perdana Menteri)
  2. Institut Latihan Perindustrian Labuan (Kementerian Sumber Manusia)
  3. Jabatan Pendidikan Negeri WPL (Kementerian Pendidikan Malaysia)
  4. Jabatan Kebajikan WPL (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat)
  5. Jabatan Bekalan Air WP Labuan (PETRA)
  6. Kemas WP Labuan (Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah)
  7. Mahkamah Majistret (Jabatan Perdana Menteri)
  8. Mahkamah Syariah (Jabatan Perdana Menteri)
  9. TLDM (Kementerian Pertahanan)
  10. TUDM (Kementerian Pertahanan)
  11. JKR WP Labuan (Kementerian Kerja Raya Malaysia)

Pengarah JKR WP Labuan turut memaklumkan di sepanjang tahun 2024, pelbagai kejayaan yang berjaya diraih oleh JKR WP Labuan diantaranya adalah;

  1. 5 Bintang CGSO (Keselamatan Kerajaan);
  2. Anugerah Platinum dalam Creativity & Innovative Technology Competition (CITEC) Melaka dengan produk Light Damage Detector;
  3. Johan Penampilan Kreatif Inovatif sempena Hari Inovasi JKR Malaysia 2024;
  4. Tempat ke-3 dalam kategori Pengurusan dengan produk Aplikasi Aduan Jalan sempena Hari Inovasi JKR Malaysia 2024

Adaptasi, inovasi dan teknologi ditekankan kepada pihak kontraktor sebagai langkah untuk menghadapi cabaran dalam mencapai Pembangunan Mampan dan Pembangunan Bandar Pintar menjelang 2030 di WP Labuan. Selain itu, nilai-nilai integriti, akauntabiliti, dan ketelusan perlu diberi perhatian serius bagi menjaga imej profesionalisme serta meningkatkan kepercayaan dan kewibawaan di kalangan semua pihak.

Peningkatan kompetensi dan ilmu pengetahuan perlu digarap dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Pihak JKR WP Labuan turut merangka beberapa program yang akan diadakan di WP Labuan seperti Seminar Penyelenggaraan Jalan, Perolehan Dan Geoteknik Di Borneo / Semenajung Malaysia yang dijangka diadakan pada Mei 2025 serta Kursus Hands On JKR e-Tender (JET) Siri 3, jangkaan berlangsung pada November 2025.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua agensi yang telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak JKR WP Labuan dan pihak kontraktor yang telah berjaya melaksanakan kerja dengan penuh berintegriti. Sinergi ini perlu diperkukuhkan bagi memastikan kejayaan transformasi Pembangunan Mampan di Pulau Mutiara ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat