Date: Jumaat, March 26, 2021

Majlis Penyerahan Projek Akademia Siber Teknopolis (AST) UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Mac 2021 (Isnin) bertempat Di Auditorium UKM AST, Bangi.

 

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Bin Hj. Toriman selaku Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, YBrs. Encik Megat Azlani Bin Megat Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian (Bahagian Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi, YBrs. Ir. Mohd Sharil Bin Mohd Said, Jurutera Daerah JKR Hulu Langat selaku Wakil Pegawai Penguasa (Utama) dan YBrs. Ir. Zulkhairi Bin Abdul Aziz, Jurutera Awam Bangunan selaku mewakilkan Pegawai Penguasa JKR Negeri Selangor.

 

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan-Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Hamidon Bin Wan Badaruzzaman selaku Pengarah Prasarana Universiti Kebangsaan Malaysia, turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan Dekan Institut IR4.0 (IIR4.0) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Pasukan Projek  Head of Project Team (HOPT) Cawangan Kerja Pendidikan (CKP), serta (Head of Design Team) HODT, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis penyerahan ini diadakan secara ringkas dengan mematuhi SOP selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Tujuan projek ini adalah untuk menjadikan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan Institut IR4.0 (IIR 4.0) sebuah entiti yang terkemuka dengan menjadikan penyelidikan Kejuruteraan, Seni Bina, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang bersifat multi-disiplin, berpaksikan keperluan industri dan menyokong UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara. Projek ini telah dilaksanakan oleh Kontraktor Pembinaan Purcon Sdn. Bhd. secara konvensional perunding dengan kos kontrak bernilai RM36 Juta. Projek ini telah menggunapakai sistem Industrialised Building System (IBS) dan berkonsepkan Industrial serta tarikh siap sepenuhnya pada 10 Februari 2021 (CPC dan CCC). Untuk rekod,  projek ini  bukan sahaja telah mencapai KPI yang telah ditetapkan iaitu penyerahan  projek secara 3 dalam 1 malah telah melebihi KPI tersebut iaitu penyerahan projek secara 8 dalam 1 yang merangkumi skop seperti berikut :

 

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC).
  2. Pengeluaran Statement of Final Account (SOFA).
  3. As- Built Drawing.
  4. Serahan awal (12 hari awal).
  5. Penyerahan Operation & Manual (O&M).
  6. Pengeluaran Certificate Of Completion And Compliance (CCC).
  7. Pensijilan Qlassic dengan skor 76% daripada pihak CIDB.
  8. Penyediaan Coffee Table Book.

 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor sebagai Pegawai Penguasa Projek, JKR Daerah Hulu Langat selaku wakil Pegawai Penguasa Utama, HOPT, HODT, WPP Pakar iaitu Cawangan Kerja Elektrik (CKE) JKR Negeri Selangor, Cawangan Kerja Mekanikal (CKM) JKR Negeri Selangor, Bahagian Ukur Bahan (BKUB) JKR Negeri Selangor, pihak kontraktor Pembinaan Purcon Sdn. Bhd. serta semua perunding yang terlibat seterusnya semua pihak yang telah berusaha gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiapan projek ini.

 

Berita oleh :

JKR Daerah Hulu Langat

22 Mac 2021