Pada 28 Januari 2024 (Selasa), Majlis Penyerahan Projek bagi Projek Membina Bangunan Simulasi High Voltage Substation Dan Bangunan Asrama di ILP Kepala Batas, Pulau Pinang telah berlangsung di ILP Kepala Batas, Pulau Pinang.
Majlis Penyerahan Projek disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid, Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang bersama Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hairul Nizzat Bin Bahrin, Pengarah Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Jabatan Tenaga Manusia. Sijil Penyerahan projek ini telah ditandatangani oleh Ir. Mohd. Zuwairi Bin Samsuddin, Jurutera Daerah JKR Daerah Seberang Perai Utara dan Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hairul Nizzat Bin Bahrin, Pengarah Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Jabatan Tenaga Manusia. Satu sesi penyerahan kunci telah dilaksanakan daripada YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid kepada Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hairul Nizzat Bin Bahrin.
Turut hadir sama menyaksikan majlis ini adalah Ts. Hj. Mohd Yasir Bin Aziz, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Manusia, Pn. Emi Rosdianna Binti Rosli, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perdana Menteri, Encik Rienaldi Bin Riswan, HODT Mekanikal JKR Pulau Pinang, WPP Projek dan wakil dari Jabatan lain serta kontraktor.
Projek Membina Bangunan Simulasi High Voltage Substation Dan Bangunan Asrama di ILP Kepala Batas ini merupakan projek RMK12 Rolling Plan 2021-2025 yang telah dilaksanakan secara konvensional dalaman iaitu direkabentuk dan diselia oleh Jabatan Kerja Raya selaku agensi teknikal kepada Kerajaan Malaysia. Bangunan Asrama Baharu dengan kapasiti 106 pelajar ini dibina bagi pengambilan pelajar baharu ILP Kepala Batas.
Projek ini juga telah berjaya diserahkan secara 6 dalam 1 yang merangkumi:
1.Penyerahan dalam tempoh 40 hari dari tarikh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
2.Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
3.Penyerahan Lukisan Siap Bina (As Built Drawing) dan Aset Registration;
4.Penjimatan Kos dari Kos Projek Asal;
5.Zero loss time Injury dan
6.Zero Major Defects
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan projek ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 557 bacaan