Pada 28 November 2024 (Khamis), Majlis Penyerahan Projek bagi Projek Pembinaan Bangunan Dan Naiktaraf Fasiliti Bagi Kursus Baharu Di IKTBN, Bukit Mertajam telah berlangsung bertempat di Auditorium, Bangunan Kuliah Baharu, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam.
Majlis Penyerahan Projek telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid, Pengarah JKR Pulau Pinang bersama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan. Sijil Penyerahan projek ini telah ditandatangani oleh Ir. Shaiful Munir Bin Leman, Jurutera Daerah JKR Daerah Seberang Perai Selatan yang menjalankan tugas Jurutera Daerah JKR Daerah Seberang Perai Tengah dan Ts. Junita Binti Mohammed Ali, Pengarah IKTBN Bukit Mertajam.
Penyerahan kunci kemudiannya telah diserahkan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid, Pengarah JKR Pulau Pinang kepada YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan.
Turut hadir sama menyaksikan majlis ini adalah En. Abdullah Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Belia Dan Sukan; Pn. Ramona Binti Mohd. Razali Timbalan Ketua Setiausaha Strategik Kementerian Belia Dan Sukan; Pn. Zakiah Binti Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia Dan Sukan; En. Muzkhairil Bin Muhamad, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam; HOPT JKR, HODT JKR, JKR Pulau Pinang dan wakil dari Jabatan lain serta kontraktor.
Projek Pembinaan Bangunan Dan Naiktaraf Fasiliti Bagi Kursus Baharu Di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Bukit Mertajam ini merupakan projek RMK11 4th Rolling Plan 2020 yang telah dilaksanakan secara konvensional dalaman iaitu direkabentuk dan diselia oleh Jabatan Kerja Raya selaku agensi teknikal kepada Kerajaan Malaysia. Blok Kuliah Baharu dengan kapasiti 234 pelajar ini dibina bagi pengambilan pelajar Kursus Baharu Teknologi Solar di IKTBN Bukit Mertajam. Blok bangunan kuliah ini mengandungi :
- Auditorium
- Bilik Seminar
- Ruang Galeri
- Bilik Menunggu & Tandas VIP
- Bilik Suis
- Bilik Pam, Tangki Hose Reel
- Bilik Pengawasan Elektrik & Solar Panel
- Bilik AHU
- Bilik Siaraya
- Bilik Bateri
- Bilik Tangki Air
- Tandas Lelaki, Perempuan & Tandas OKU
- Ruang bumbung bagi pemasangan solar
- Tempat Letak Kereta
- Tempat Letak Motorsikal
Projek telah menerima Sijil Perakuan Kerja Siap (Certificate of Practical Completion, CPC) daripada Allahyarhamah Ir. Suhaili Binti Mat Saad, Jurutera Daerah JKR Daerah Seberang Perai Tengah pada 15 Oktober 2024, Penyerahan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh 3 bulan, Zero Loss Time Injury dan Zero Major Deffect.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan projek ini.
- 729 bacaan