Date: Isnin, Oktober 30, 2023

Majlis Penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi Projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Masjid Taman Bukit Belimbing Dalam Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan telah diadakan pada 26 Oktober 2023 (Khamis) yang telah disempurnakan YBrs. Tuan Ir. Hj. Lokman bin Hj. Nasir, Pengarah JKR Selangor kepada YBrs. Encik Mohd Faizal Bin Abdul Raji, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tetamu kehormat adalah YBhg Dato’ Hj Rosli Bin Othman, Orang Besar Daerah Hulu Langat.

Majlis tersebut telah diadakan di ruang solat utama masjid dan telah dimulakan pada jam 10.30 pagi di mana dokumen penyerahan ditandatangani oleh Pegarah JKR Selangor selaku Pegawai Penguasa, Ir. Hj. Lokman bin Hj. Nasir mewakili Jabatan Kerja Raya dan YBrs. Encik Mohd Faizal Bin Abdul Raji, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang juga bertindak sebagai Pelanggan bagi projek ini. Majlis kemudiannya disusuli dengan penyerahan replika kunci yang dimulakan oleh En Abd Latif bin Ayob, selaku Kontraktor Utama (Satria Aces Synergy Sdn Bhd) kepada YBrs. Tuan Ir. Hj. Lokman bin Hj. Nasir yang kemudiannya diserahkan kepada pihak pelanggan iaitu JAIS. Program penyerahan ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada JKR Selangor, pegawai-pegawai dari JAIS, Wakil-Wakil Pegawai Penguasa, perunding, kontraktor utama dan subkontrak-subkontraktor dinamakan serta majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran ahli jawatankuasa masjid dan anak-anak kariah masjid tersebut.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Perunding dengan Bahagian Bangunan, JKR Selangor dilantik selaku Head of Project Team (HOPT) dan projek diselia oleh pasukan projek, JKR Daerah Hulu Langat selaku pejabat Wakil Pegawai Penguasa (Utama). Pasukan perekabentuk Head of Design Team (HODT) pula terdiri daripada Bahagian Arkitek JKR Selangor, Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan JKR Selangor, Ketua Jurutera Elektrik Negeri JKR Selangor, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Selangor dan seterusnya direkabentuk oleh Perunding ABM yang diperlukan bagi menyiapkan masjid ini.

Kontrak bagi projek ini telah ditawarkan dan dilaksanakan oleh kontraktor tempatan iaitu Satria Aces Synergy Sdn Bhd bermula pada 02 April 2019 dan telah berjaya disiapkan pada 12 Ogos 2023 dan beberapa kejayaan telah berjaya ditempa setelah siapnya projek ini walaupun mendepani dengan pandemik Covid-19 yang melanda ketika itu. Projek ini mencapai kriteria penyerahan 3 dalam 1 dan antara kejayaan yang telah ditempa adalah seperti berikut :
 
i. Perakuan Siap Kerja -Certificate Practical Completion (CPC).
ii. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)
iii. Statement Of Final (SOFA)
iv. Zero Fatal Accident
v. Zero Injury
vi. Zero Major Defect
vii. Penyediaan Coffee Table Book (Digital)

Skop kerja bagi projek ini melibatkan 1 blok masjid, 1 blok gantian Sekolah KAFA Integrasi 2 tingkat dan juga beberapa kemudahan lain seperti Rumah Sampah, Rumah Tangki Air, Sistem Siaraya, TNB Compact Sub, Sistem Penghawa Dingin, kerja-kerja landskap, sistem saliran dan perparitan, sistem bekalan elektrik dan air dalaman, sistem pembentungan (SSTS) dan kerja-kerja roadworks. 

Untuk makluman juga, kira-kira 1200 jemaah boleh memenuhi ruang solat masjid ini. Parking kereta pula boleh dipenuhi sebanyak 26 buah kereta di bahagian basement dan parking motor sebanyak 18 buah motor juga di bahagian basement. 21 buah petak parking kereta di bahagian luar dan terdapat juga parking untuk OKU sebanyak 2 petak parking.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pasukan projek sama ada di peringkat JKR, Pelanggan, perunding dan kontraktor ini termasuk juga dengan pemegang taruh berkaitan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung  dalam memberikan komitmen yang sangat tinggi sehingga berjaya merealisasikan projek ini serta dapat dimanfaatkan kepada kariah Masjid Taman Bukit Belimbing khususnya dan meningkatkan syiar Islam di kawasan setempat. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan pelaksanaan Cadangan Membina Dan Menyiapkan Masjid Taman Bukit Belimbing Dalam Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan ini.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
#JasaKepadaRakyat
#MalaysiaMADANI

masjid selangor

masjid selangor

masjid selangor

masjid selangor

masjid selangor

masjid selangor

masjid selangor

masjid selangor

masjid selangor

masjid selangor

masjid selangor