Date: Isnin, Oktober 23, 2023

Pada 17 Oktober 2023 (Selesa) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Solar Hibrid Sekolah-Sekolah Luar Bandar Negeri Sarawak bagi empat (4) buah pakej iaitu Pakej 3,4,7 & 9 yang melibatkan tujuh (7) buah daerah di Sarawak. Hingga kini, sebanyak 43 buah sekolah luar bandar telah dilengkapi dengan sistem solar hibrid, termasuk Pakej 8 yang telah dibuat serahan sebelum ini.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamed Bin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan,Kementerian Pendidikan Malaysia dan disaksikan oleh Ybrs. Ir. Puan Hanizan Binti Shaffii, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrikal, YBrs. Ir. Noor Ashikin Binti Md. Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan turut bersama memeriahkan majlis adalah wakil pengurus program Puan Haslina Binti Sumairi, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan, JKR Malaysia.

Majlis penyerahan secara 6 dalam 1 (6-in1) ini termasuk (1) menandatangani Sijil Penyerahan Projek, (2) Penyerahan Sijil Siap Kerja (CPC), (3) Penyerahan As-built Drawing, (4) Penyerahan Dokumen Pendaftaran Aset, (5) Dokumen Operasi & Penyelenggaraan (O&M) dan (6) Dokumen Statement Of Final Account (SOFA). Majlis diadakan di salah sebuah sekolah dalam projek ini iaitu SMK Balleh, Kapit Sarawak.

Objektif utama pemasangan sistem solar ini adalah untuk menjamin bekalan elektrik 24 jam yang lebih mesra alam dengan kos operasi yang lebih efektif dan menjimatkan. Projek ini merupakan salah satu insiatif kerajaan bagi menyediakan kemudahan bekalan elektrik untuk proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih kondusif bagi murid-murid sekolah luar bandar negeri Sarawak.

Faktor lokasi sekolah-sekolah yang terletak jauh di kawasan pedalaman dan melibatkan pengangkutan darat (off-road) dan pengangkutan air, secara tidak langsung menjadi cabaran kepada pasukan projek sepanjang fasa pembinaan.

Sehubungan dengan itu, kegigihan dan kesungguhan pasukan projek #teamsolarJKR dalam mendepani cabaran dalam memastikan kejayaan projek ini seharusnya diberi pujian. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terutamanya Cawangan Kerja Pendidikan dan pihak pelanggan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekalung tahniah diucapkan atas kejayaan projek pemasangan solar hibrid ini.

solar sarawak

solar sarawak

solar sarawak

solar sarawak