Date: Jumaat, November 15, 2024

10 November 2024 (Ahad) - Majlis Penyerahan Projek bagi Projek Pembinaan Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Jawi Pulau Pinang telah berlangsung di Dewan Al-Fateh, Depot Imigresen Jawi.

Penyerahan Projek telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. Sijil Penyerahan projek ini telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid, Pengarah JKR Pulau Pinang dan YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Apandi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri.

Penyerahan replika kunci telah diserahkan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya JKR Malaysia kepada YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Apandi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri.

Turut hadir sama dalam majlis ini adalah Yang Berhormat Zairil Khir Johari, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang; YBhg. Datuk Awang Alik Bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri; YBhg. Dato' Hj. Abdul Halim Bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri; YBhg. Datuk Haji Makhzan Bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), Kementerian Dalam Negeri; YBhg. Dato’ Zakaria Bin Shaaban, Ketua Pengarah Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia; YBrs. Ir. Maria binti Marcus, Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), JKR Malaysia; YBrs. Ir. Ismail Bin Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia; YBrs. Puan Nur Zulfa Binti Ibrahim, Pengarah, Jabatan Imigresen Pulau Pinang, wakil dari Cawangan Kerja Keselamatan JKR, HODT JKR, JKR Pulau Pinang dan wakil dari Jabatan lain serta pihak kontraktor.

Pembinaan Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Jawi Pulau Pinang dengan keluasan 15 ekar ini merupakan projek di bawah RMKe-11 (RP-1) yang dilaksanakan secara konvensional dalaman. Depot Tahanan Jawi dengan kapasiti 1200 tahanan ini dibina bagi menggantikan Depot Juru yang telah uzur dan tidak sesuai diduduki. Skop projek adalah untuk menyediakan fasiliti seperti berikut:

  • Blok Tahanan Lelaki (832)
  • Blok Tahanan Wanita (324)
  • Blok Tahanan Kuarantin
  • Blok Pentadbiran
  • Dewan Serbaguna (200pax lengkap dengan 2 Gelanggang Badminton)
  • Blok Pentadbiran
  • Blok Rekod Siasat
  • Kuarters Kelas F – 48 Unit (8 tingkat)
  • Kuarters Kelas D (Berkembar) – 2 unit
  • Kuarters Kelas E (Berkembar) – 4 unit
  • Surau (100 Jemaah)
  • Menara Kawalan – 3 unit
  • Dan lain-lain blok sokongan

Antara pencapaian projek ini ialah disiapkan dalam tempoh kontrak, Sijil Perakuan Kerja Siap (Certificate of Practical Completion, CPC), Penyerahan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh 3 bulan, Zero Loss Time Injury dan Zero Major Deffect.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan projek ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat