Date: Rabu, November 27, 2019

Tanggal 25 November 2019, Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Automasi Bangunan Di Kompleks Kementerian Kerja Raya Malaysia telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Tanjung, Aras 6, Blok A, Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur.

Sesi menandatangani Perakuan Serahan Kerja Siap Kepada Pelanggan di antara Jurutera Mekanikal Kanan, En. Azrul Nizam bin Adenan yang juga merupakan Wakil Pegawai Penguasa Projek dan Pn. Zurifah binti Zuhairon, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Kerja Raya Malaysia telah disaksikan oleh YBrs. Tuan Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Dr. Ong Gua Pak, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan), Kementerian Kerja Raya Malaysia, YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia, YBrs. Ir. Haji Yaakob bin Abdul Latif Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan YBrs. Ir.  Azizul bin Ariffin, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Turut hadir di majlis ini adalah YBrs. Ir. Mamat Rohizan bin Abdullah, Pengarah Rekabentuk Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad, Pengarah Khidmat Pakar Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pasukan Head of Project Team (HOPT), Head of Design Team (HODT) dan Kontraktor Utama, Salam Subang Sdn. Bhd.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dengan penyerahan simbolik dokumen penyerahan Manual Operasi & Senggaraan (O&M) kepada YBhg. Dato’ Dr. Ong Gua Pak, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan), Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Projek ini telah berjaya diserah kepada pihak pelanggan secara ‘6 dalam 1’ iaitu bersama dokumen Perakuan Siap Kerja (CPC), Lukisan Siap Bina, Penyata Akaun Muktamad (SOFA), Zero Defect, penjimatan kos dan dijangka mengurangkan Building Energy Index (BEI) di bawah 100kWH/m2/setahun.

Skop projek ini adalah melibatkan :-

  • Pemeriksaan dan penilaian Sistem Kawalan Dan Automasi Bangunan (BACS) sedia ada
  • Menaiktaraf, membekal, memasang, menguji dan mentauliah Sistem Kawalan dan Automasi Bangunan (BACS) yang baharu
  • Integrasi dan program semula sistem BACS sedia ada

Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan persembahan video pencapaian projek kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Automasi Bangunan Di Kompleks Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan pihak kontraktor serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang padu dalam melaksanakan projek ini.