Date: Khamis, September 14, 2023

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters 2F/2G, Padang Besar, Perlis telah berlangsung dengan jayanya pada 5 September 2023 (Selasa) bertempat di Klinik Kesihatan Padang Besar, Perlis.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad kepada Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. Tuan Haji Zairi Bin Haji Mat Ali. Majlis penyerahan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Bangunan, Jabatan Kerja Raya Malaysia, YBrs. Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab. Khalik.

Pada majlis ini, diadakan upacara menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek serta penyerahan replika bangunan sebagai simbolik penyerahan oleh YBhg. Dato’ Jawiyah Binti Che Dan, Pengarah Pertabina Technical Services Sdn. Bhd. selaku Kontraktor Utama kepada YBrs. Ir. Mohd Shahril Bin Mohd Said, Pengarah Kerja Raya Negeri Perlis selaku Pegawai Penguasa dan seterusnya kepada YBrs. Tuan Haji Zairi Bin Haji Mat Ali, Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan) Kementerian Kesihatan Malaysia yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Bangunan, Jabatan Kerja Raya Malaysia, YBrs. Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab. Khalik. Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, YBrs. Ir. Shukri Bin Ishak. Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan), Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. En. Nazli Bin Mat Taib dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, YBrs. Dr. Ismuni Bin Bohari.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman dan secara Pre-Approved Plan (PAP) yang mana rekabentuk bangunan yang tersedia dan lengkap dengan input seni bina, struktur, mekanikal, elektrikal dan ukur bahan yang menepati keperluan teknikal dan perundangan kerajaan iaitu Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Untuk makluman juga, Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) selaku Pengurus Program dan HOPT adalah di peringkat Pasukan Projek Persekutuan Negeri Perlis seterusnya Pengarah JKR Negeri Perlis telah diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa untuk menyelia projek ini. Manakala HODT yang terlibat adalah daripada Pasukan JKR Negeri Perlis yang terdiri daripada Bahagian Arkitek, Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak, Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal.

Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor Pertabina Technical Services Sdn. Bhd. secara tender terbuka dengan kos projek asal berjumlah RM 24,486,295.00. Projek ini disiapkan dengan kos akhir berjumlah RM 24,293,966.11 dengan penjimatan sebanyak RM 192,328.89. Projek ini  disiapkan pada 1 Ogos 2023 iaitu 9 hari awal daripada tarikh penyiapan projek setelah melalui tempoh-tempoh pembinaan dalam fasa perintah kawalan pergerakan disebabkan Pandemik Covid-19 yang memberi impak kepada semua termasuk industri pembinaan juga terdapat cabaran lain dalam penyiapan projek ini iaitu keadaan tapak berbatu yang memerlukan kerja-kerja blasting dengan kelulusan terhad untuk mendapatkan premit letupan serta bahan letupan dengan agensi berkaitan. Memandangkan projek ini berada di kawasan perumahan penduduk yang terlalu hampir dengan tapak projek ini.

Skop kerja yang terlibat adalah:

a) Kerja bangunan
    - Bangunan Klinik Kesihatan (Jenis 3)
    - Bangunan Kuarters 2 unit kelas F dan 2 unit kelas G

b) Blok sokongan :
   - Rumah Pam
   - Stor Sokongan
   - Pondok Pengawal
   - Rumah Sampah

   - Pencawang TNB

   - Garaj Ambulan

   - Blok MSB dan Genset

c) Kerja -kerja infra dan lain-lain yang berkaitan

Projek ini juga telah berjaya disiapkan mengikut KPI serahan 3 dalam 1 iaitu :

1. Sijil Perakuan Kerja Siap (CPC)
2. Lukisan Siap Bina ; dan
3. Penyata Akaun Muktamad – SOFA

Di samping nilai tambah yang lain iaitu :

4. Siap awal dari jadual
5. Tiada kemalangan
6. Q-Lassic
7. Dokumen Coffee Table
8. Zero Major Defect
9. Dokumen Penyerahan
10. Terdapat Penjimatan Kos

Projek ini juga telah berjaya mencapai markah cemerlang iaitu 76% dalam Quality Assessment System for Building Construction Works (Q-Lassic) yang dilaksanakan oleh pihak CIDB.

Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada HOPT iaitu Cawangan Kerja Kesihatan Malaysia, HODT daripada cawangan-cawangan pakar JKR Malaysia, Pasukan Projek JKR Perlis serta kontraktor utama yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.

Projek Klinik Kesihatan Padang Besar Perlis