Majlis Penyerahan Projek bagi Projek Kuarters Hospital Pulau Pinang Di Jalan Lim Khoon Huat, Georgetown, Pulau Pinang telah berlangsung pada 20 Disember 2024 (Jumaat) bertempat di Dewan Serbaguna, Kuarters Hospital Pulau Pinang.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Paduka Roslinah Binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Sijil Penyerahan projek dan simbolik penyerahan kunci ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid, Pengarah JKR Pulau Pinang dan YBhg. Datin Paduka Roslinah Binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Turut hadir sama menyaksikan majlis ini adalah YBhg. Dato’ Dr. Fazilah Binti Shaik Allauudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Ir. Dr. Sheila Binti Shariff, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 1 (Zon Utara), Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Dr. Goh Hin Kwang, Pengarah Hospital Pulau Pinang, Puan Emi Rosdiana Binti Rosli, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pemantauan Dan Penilaian, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Puan Ai’nun Bashirah Binti Hamid, Jurutera Awam Penguasa (Bangunan), Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan Jabatan, Ketua-ketua Bahagian JKR Pulau Pinang dan barisan perunding serta kontraktor.
Projek ini merupakan projek Rolling Plan (RP1), RMKe-11 dan dilaksanakan secara konvensional perunding. Projek ini telah dimulakan pada 31 Mac 2021 dan disiapkan sepenuhnya pada 18 Oktober 2024.
Tujuan utama projek pembinaan ini adalah untuk menggantikan 72 unit Kuarters Ceria (3 blok) iaitu Blok A, B dan C yang tidak selamat didiami. Objektif projek adalah untuk memenuhi keperluan dan kemudahan perumahan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkhidmat di Hospital Pulau Pinang. Kuarters Hospital Pulau Pinang ini menyediakan fasiliti seperti berikut :
- 12 tingkat Unit Kediaman (Tingkat 5 Hingga Tingkat 16) = 204 Unit Kediaman
- Tempat Letak Kenderaan (Tingkat 2 Hingga Tingkat 4)
- Dewan Serbaguna (Tingkat 1)
- Surau (Tingkat 1)
- Taska (Tingkat 1)
- Bilik Utiliti (Tingkat 1)
- Pencawang Elektrik
- Rumah Pengumpulan Sampah
- Pondok Pengawal
- Taman Permainan Kanak-kanak
Penyerahan projek ini bukan sahaja menepati KPI JKR, iaitu sekurang-kurangnya tiga elemen dalam satu (3-in-1), malah telah melebihi sasaran yang ditetapkan dengan pencapaian berikut:
- Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
- Penyiapan Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing);
- Operation & Maintenance (O&M) Manual;
- Dokumen Penyerahan KKM (33 Senarai Semak)
- Penyerahan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh 3 bulan dan
- Zero Loss Time Injury dan Zero Major Deffect.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan projek ini.



- 1754 bacaan