Date: Jumaat, Jun 8, 2018

Majlis penyerahan KUARTERS INTEGRASI KLANG, HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH (HTAR) telah diadakan pada 5hb Mei 2018 (Selasa) di tapak projek pada jam 2:30 petang.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Ir. Ruslan Bin Abdul Aziz, Pengarah JKR Negeri Selangor selaku Pegawai Penguasa kepada Y.Bhg. Dato’ Dr. Khalid Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), selaku wakil Pelanggan.

Turut menyerikan majlis ini adalah Yang Berusaha Tuan Ir. Pauzi Bin Mohamad yang mewakili Cawangan Kerja Kesihatan (CKK), Ir. Syaharidanisman Bin Mohd Johanis, Jurutera Daerah Klang, En. Dhanesh Kumar Danasekaran, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan, KKM, Dr Mohamad Sabri Bin Othman, Pengarah HTAR serta pihak Kontraktor.

Penyerahan Projek ini merupakan satu lagi kesinambungan pencapaian pembangunan projek-projek di Jabatan ini dalam usaha untuk menyediakan keperluan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada kakitangan KKM yang berkhidmat dalam Daerah Klang.

Projek ini telah dilaksanakan oleh Kontraktor Ruhanibaba Enterprise Sdn. Bhd. dengan kos kontrak bernilai RM 35,038,730.42.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak JKR Selangor dan pasukannya selaku Pegawai Penguasa. Juga kepada Cawangan Kerja Kesihatan dan semua HODT Pakar yang terlibat dalam menjayakan projek ini bermula dari peringkat perancangan sehinggalah ianya dapat diserahkan.

Pembinaan bangunan kuarters integrasi yang baharu ini dapat memastikan keselesaan pada pegawai hospital untuk berbakti kepada rakyat dan negara dengan tersedianya kemudahan yang lebih selesa dan kondusif. Projek ini membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

JKR- Jasa Kepada Rakyat.