Date: Selasa, Disember 20, 2016

Projek ini berjaya diserahkan kepada pelanggan pada 8 Disember 2016 (Khamis) dalam tempoh tiga minggu selepas CPC dan berjaya mencapai sasaran penyiapan 3 dalam 1 (Serahan, Lukisan Siap Bina dan SOFA) juga bakal beroperasi pada awal 2017.

Kos pembinaan Mahkamah baru Besut ini adalah sebanyak RM10,918,612.31 iaitu penjimatan sebanyak RM581,770.69 berbanding kos kontrak asal iaitu RM11,500,383.00.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh  Ar. Datuk Seri Amer Hamzah Mohd Yunus Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) kepada Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Y.Bhg Datuk Jalil Marzuki.

Projek ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 19 bulan oleh kontraktor KT Seri Bina Sdn. Bhd dan dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya Besut.

Reka bentuk bangunan mahkamah itu berkonsepkan moden dan merupakan reka bentuk pertama dibina di Malaysia disusuli Mahkamah Tapah di Perak

Mahkamah Baru Besut juga menjadi prototaip pembinaan mahkamah baru di negara ini.