Date: Selasa, November 23, 2021

Penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Pembinaan MAKMAL RECOVERY SCIENCE BERSEKUTU DI INSTITUT SUKAN NEGARA BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

telah diadakan pada 22 November 2021 (Isnin) bertempat di Dewan Komanwel, Bangunan Makmal Recovery Science, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Norman Bin Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBrs. En Ahmad Faedzal Bin Md Ramli Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA 2) selaku Pengurus Program dan HOPT. Pasukan perekabentuk selaku HODT terdiri daripada Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Cawangan Kejuruteraan Elektrik. Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa untuk menyelia projek ini. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor yang terpilih iaitu Suria Insan Resources Sdn Bhd dengan siling peruntukan berjumlah RM 13,800,000.00 dan harga kontrak terlaras adalah RM 10,466,377.85 dengan penjimatan sebanyak RM 3 juta .

Skop  kerja projek ini merangkumi 1 Blok Bangunan  2 tingkat yang terdiri daripada 1 tingkat bangunan makmal di aras bawah yang merangkumi  Bilik Ice Lab, Bilik Phototheraphy dan Bilik Compression Dan Intermittent Theraphy. Aras  satu bagi bangunan ini pula merupakan pusat pemulihan yang menempatkan ruang kolam renang 25m panjang, kolam movement, kolam contrast bath (panas dan sejuk), lif bagi kemudahan OKU serta tandas dan bilik persalinan. Projek ini turut berjaya disiapkan secara 5 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 5 November 2021
  2. Statement of Final Account (SOFA)
  3. Penyiapan As-Built Drawing dan Operation &  Maintenance Manual
  4. Penjimatan kos projek
  5. Zero accident dalam tempoh pembinaan

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR W.P. Kuala Lumpur, Cawangan Kerja Bangunan Am 2 selaku Pengurus Program, barisan pakar HODT JKR, Pihak Suria Insan Resources Sdn Bhd dan  Subkontraktor Dinamakan serta semua pihak serta agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan output kerja yang amat membanggakan.