Date: Rabu, March 29, 2023

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR (FASA 3) telah diadakan pada 21 Mac 2023 (Selasa) bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ir. Hj. Norman Bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. kepada YBrs. Tuan Hj Ahmad Fuad Bin Apandi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia disaksikan oleh YBrs. Hj. Ehsan Bin Mohd Hosni Imam Besar, Masjid Negara Kuala Lumpur dan YBrs. Ir. Siti Nurulhuda Binti Amiruddin selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama Projek. Turut hadir sama ke majlis ini adalah pasukan projek JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pegawai-pegawai daripada  CKBA1, HODT, JPM , JAKIM, Jabatan Warisan Negara,   Masjid Negara Kuala Lumpur, pihak kontraktor Watan Sutera Sdn. Bhd dan pihak konservator.

PROJEK MEMBAIKPULIH DAN  MENAIKTARAF MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR (FASA 3) ini adalah merupakan salah satu pembangunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR)  sebagai agensi pelaksana. Skop projek ini adalah;

  1. Kerja pembaikan Kubah Utama Masjid termasuk penggantian sistem ‘water proofing’, pembaikan struktur dan kemasan bumbung;
  2. Kerja pembaikan bumbung Makam Pahlawan termasuk penggantian sistem ‘water proofing’, pembaikan struktur dan kemasan bumbung;
  3. Kerja pembaikan di kawasan Bumbung Tiang 48 melibatkan kerja ‘water ‘proofing dan pembaikan bumbung skylight yang rosak serta penggantian aksesori lain yang rosak.

Masjid Negara telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2007. Sehubungan dengan itu, pemuliharaan dan penyenggaraan berterusan hendaklah dijalankan bagi menjamin keutuhan dari segi reka bentuk dan nilai senibinanya. Setiap kerja baikpulih dan menaiktaraf yang dijalankan perlulah mematuhi kepada Akta Warisan Kebangsaaan 2005, (Akta 645) serta Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan oleh Jabatan Warisan Negara.

Projek ini telah berjaya disiapkan dengan pencapaian 18 in 1 iaitu:

  1. Certificate of Practical Completion (CPC)
  2. Statement of Final Account (SOFA)
  3. As- Built Drawing
  4. Penyerahan Projek kepada Pelanggan pada tarikh CPC
  5. SIAP AWAL satu (1) bulan daripada tarikh siap semasa projek.
  6. Penjimatan sebanyak RM5.26 juta daripada Kos Siling Projek
  7. Penjimatan Kos sebanyak RM270 ribu daripada Kos kontrak.
  8. Penyediaan Operation & Maintenance Manual
  9. Zero Lost Time Injury (LTI)
  10. Zero Major Defects
  11. Zero Complaints
  12. Mencapai Kepuasan Pelanggan
  13. Teknologi Hijau
  14. Inovasi Projek
  15. Penyediaan Laporan Historical, Architectural and Building Survey – HABS 1, 2, 3
  16. Videography
  17. Penyediaan Replika Masjid Negara daripada Panel ACP iaitu bahan binaan bumbung Kubah Utama.
  18. Coffee Table Book

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR W.P. Kuala Lumpur, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 selaku Pengurus Program, barisan pakar HODT, Pihak Kontraktor Watan Sutera Sdn. Bhd, pihak konservator serta semua pihak dan agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan baik.