Date: Rabu, March 13, 2024
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi MEMBINA 1 BLOK BANGUNAN TAMBAHAN 12 BILIK DARJAH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SK SUNGAI DURI, SUNGAI JAWI, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG telah diadakan pada 6 Februari 2024 (Selasa) bertempat di SK Sungai Duri, Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada jam 2.30 petang.
Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Shaiful Munir Bin Leman, Jurutera Daerah, JKR Daerah Seberang Perai Selatan kepada YBhg. Haji Wan Sajiri Bin Wan Hassan Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan Dan Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang disaksikan oleh YBhg Mohamad Dziauddin Bin Mat Saad Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan dan Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid Pengarah Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang. Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Encik Faizal Bin Abdul Halim, Guru Besar Sk Sungai Duri Turut hadir sama ke majlis ini adalah pasukan projek JKR Seberang Perai Selatan, pegawai-pegawai daripada Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) Zon Utara, HOPT (Head of Project Team) JKR Pulau Pinang, HODT ( Head of Design Team) JKR Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan, pihak kontraktor Suria Insan Resources Sdn. Bhd. dan pihak Sub-kontraktor Dinamakan.
 
PROJEK MEMBINA 1 BLOK BANGUNAN TAMBAHAN 12 BILIK DARJAH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SK SUNGAI DURI, SUNGAI JAWI, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG ini adalah merupakan salah satu projek Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana. Skop Projek ini adalah bagi Membina Baru Bangunan Sekolah 12 Bilik Darjah Dan Lain-lain Kemudahan. Skop projek ini turut dilengkapkan dengan prasarana lain iaitu Membina Rumah Pam dan Kerja Luaran.
Projek ini juga telah berjaya disiapkan dengan pencapaian 9 dalam 1 yang merangkumi kriteria berikut:
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
2. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
3. Lukisan Siap Bina;
4. Operation & Maintenance (O&M) Manual;
5. Projek Siap Awal dari Tarikh Siap Asal Projek;
6. Zero Lost Time Injury;
7. Zero Major Defects;
8. Mencapai Kepuasan Pelanggan;
9. Pendaftaran Aset Tak Alih & Inventori;
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR Seberang Perai Selatan, Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) selaku Pengurus Program, JKR Pulau Pinang selaku HOPT, barisan pakar HODT Akitek JKR Pulau Pinang, Bahagian Rekabentuk Awam Struktur JKR Pulau Pinang, JKR Cawangan Kerja Elektrik dan JKR Cawangan Kerja Mekanikal, pihak Kontraktor Utama Suria Insan Resources Sdn. Bhd, Sub Kontraktor Dinamakan serta semua pihak dan agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan baik.