Date: Rabu, November 22, 2023

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi MEMBINA DAN MENYIAPKAN KERJA-KERJA TERBENGKALAI KOMPLEKS PENYAYANG SINAR KASIH NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG telah diadakan pada 17 Oktober 2023 (Selasa) bertempat di Kompleks Penyayang Sinar Kasih Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada jam 9.00 pagi.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Shaiful Munir Bin Leman, Jurutera Daerah, JKR Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang kepada YBhg. Datuk Dr. Maziah Binti Che Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) disaksikan oleh YBhg Puan Farah Adura Binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Puan Ts. Dr. Roslinda Binti Ghazali, Arkitek Penguasa, JKR Pulau Pinang. Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBrs. En. Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara serta YBrs. En. Zakaria bin Taib, Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Pulau Pinang. Turut hadir sama ke majlis ini adalah pasukan projek JKR Seberang Perai Selatan, pegawai-pegawai daripada CKBA1, HOPT, HODT, JKM, pihak kontraktor Teras Khidmat Niaga Sdn. Bhd. dan pihak Sub-kontraktor Dinamakan.

Projek MEMBINA DAN MENYIAPKAN KERJA-KERJA TERBENGKALAI KOMPLEKS PENYAYANG SINAR KASIH NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG ini adalah merupakan salah satu pembangunan Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana. Skop Projek ini adalah bagi membina dan menyiapkan kerja-kerja terbengkalai yang merangkumi pembinaan 1 blok 5 tingkat Kuarters Kelas G6, 1 blok 2 tingkat Banglo Kelas D, 2 blok Kuarters Semi-D Kelas E, 1 blok Pusat Komunitit, 1 blok Pentadbiran dan Klinik, 1 blok Surau, 1 blok Teres masing-masing untuk Kediaman Orang-orang Tua Lelaki dan Perempuan, 1 blok Dewan Makan, 4 blok Kuarters Kelas D Berkembar bagi Rumah Kanak-kanak. 

Skop projek ini turut dilengkapkan dengan prasarana lain iaitu kebuk sampah, pondok pengawal, wakaf, tangki air, rumah pam, garaj kenderaan, stor makanan kering, setor peralatan, blok dobi dan rumah mayat.

Projek ini telah berjaya disiapkan dengan pencapaian 4 in 1 iaitu :

  1. Certificate of Practical Completion (CPC)
  2. Statement of Final Account (SOFA)
  3. Serahan Bersama As-Built Drawing
  4. Zero Lost Time Injuries (sifar kemalangan tapak bina)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR Seberang Perai Selatan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 selaku Pengurus Program, JKR Pulau Pinang selaku HOPT, barisan pakar HODT, Pihak Kontraktor Utama Teras Khidmat Niaga Sdn. Bhd, Sub Kontraktor Dinamakan serta semua pihak serta agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan baik.

NIBONG TEBAL

NIBONG TEBAL

NIBONG TEBAL

NIBONG TEBAL

NIBONG TEBAL