Date: Selasa, Oktober 10, 2023

Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Laluan Persekutuan FT64 Jalan Benta-Jerantut-Maran (Fasa 1 Segmen 7) telah selamat disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya pada 05 Oktober 2023 dan turut disaksikan oleh YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang, YBhg. Dato’ Ir. Haji Zulkipli bin Haji Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) serta YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya.    

Projek Laluan FT64 (Fasa 1 Segmen 7) dari Bandar Jerantut ke Kampung Lata Kasah ini telah dimulakan pada 27 Disember 2017 dan siap sepenuhnya pada 25 Mei 2023. Antara skop kerja utama adalah menaik taraf jalan tunggal 2 lorong sedia ada kepada piawaian R5 JKR, baik pulih sebuah jambatan (Sungai Par) serta naik taraf 7 persimpangan (Jalan Dato’ Kurnia Budiman, SMK Inderapura, Taman Sri Makmur, Kampung Sungai Lekok, Kampung Sungai Par, Kampung Binjai dan Kampung Lata Kasah) di sepanjang 6.7 km jajaran projek.

Diharap dengan naik taraf laluan ini dapat memberi manfaat dari segi keselamatan dan keselesaan kepada semua pengguna jalan raya dan masyarakat setempat seterusnya meningkatkan potensi pertumbuhan ekonomi, pelancongan, kesihatan, perladangan dan perindustrian di sekitar Bandar Jerantut.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya.

#MalaysiaMadani

#JasaKepadaRakyat

#TogetherWeDeliver

laluan 64

laluan 64

laluan 64

laluan 64