Date: Jumaat, March 12, 2021

Majlis penyerahan projek MENGGANTIKAN JAMBATAN SG RAMBAI KECIL FT005/413/50 DAN MENGGANTIKAN JAMBATAN SG RAMBAI BESAR FT005/412/50 DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN telah diadakan pada 12 Mac 2020 bertempat di Dewan JKR Kuala Langat . Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hanif Bin Latif, Jurutera Daerah JKR Kuala Langat kepada YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah, Setiausaha Bahagian Pembangunan & Penswastaan Kementerian Kerja Raya Malaysia. Majlis juga dihadiri oleh Yang Berusaha Pengarah Kanan Cawangan Jalan, YBrs. Ir. Mohamed Amin Bin Kasim, wakil HOPT dan juga Yang Berusaha Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan Dan Jambatan, YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman wakil HODT.

Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah EDS Communication Sdn Bhd dan FYZ Holding Sdn Bhd .

Bagi Jambatan Sg. Rambai Kecil harga kontrak asal projek ini sebanyak RM 1,739,091.50 dan penjimatan sebanyak RM 187,535.00. Projek ini telah disiapkan secara 4 dalam 1 dan berjaya diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan dan tarikh CPC dikeluarkan pada 10 Disember 2020.

Bagi Jambatan Sg. Rambai Besar harga kontrak asal projek ini sebanyak RM 2,700,100.00 dan penjimatan sebanyak RM 83,291.50. Projek ini telah disiapkan secara 4 dalam 1 dan berjaya diserahkan kepada 2 pelanggan lebih awal sebanyak 44 hari dari tempoh yang ditetapkan dan tarikh CPC dikeluarkan pada 8 Februari 2021.

Perkara 4 dalam 1 merangkumi

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)

2. Lukisan siap bina (As-Built)

3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)

4. Penjimatan kos projek

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.