Jumaat, 22 September 2023 - Pada jumaat lalu telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Menggantikan Jambatan yang melibatkan Axle Load, Sempit dan Uzur di FT001/286/80 Sg. Layang, Negeri Sembilan yang telah diadakan di tapak projek Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan.
Majlis ringkas ini telah dihadiri oleh YBrs Pengarah JKR Negeri Sembilan, Jurutera Awam Penguasa Jalan, Ketua Jurutera Elektrik Negeri, Jurutera Daerah Kuala Pilah, Jurutera Daerah Tampin, Jurutera Daerah Jelebu, wakil HOPT Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan wakil kariah Imam Masjid Kariah Kg Batu.
Projek penggantian jambatan yang menelan belanja RM8,155,155.50 ini telah mula dibina pada 15 Disember 2020 dan siap sepenuhnya pada 25 Jun 2023. Penggantian jambatan sempit dan uzur ini merupakan salah satu program di bawah Kementerian Kerja Raya dalam usaha kerajaan meningkatkan had berat kenderaan perdagangan selaras dengan kemajuan industri pengangkutan.
Upacara menandatangani dokumen penyerahan telah disempurnakan di hadapan YBrs Pengarah JKR N9 Ir Wan Hasnan Bin Wan Musa oleh Tuan Jurutera Daerah JKR Rembau Ir. Ahmad Faiz Bin A. Raup mewakili agensi pelaksana JKR manakala penerimaan projek oleh Puan Siti Atifah binti Zawawi selaku wakil dari Bahagian Pembangunan Dan Penswastaan, Kementerian Kerja Raya.
Penghargaan kepada Kontraktor Bina Perkasa Trading atas kejayaan bersama menyiap dan menyerahkan projek secara 7 dalam 1 iaitu Sijil Perakuan Siap (CPC), Lukisan Siap Bina, Penyata Akuan Muktamad (SOFA) Perkenal
BIM, Pematuhan Pelan Safety, Pematuhan Pengurusan Trafik dan Pematuhan Alam Sekitar. Dalam pembinaan projek ini, pihak kontraktor telah mengambil inisiatif menggunapakai Building Information Modelling (BIM) dalam usaha untuk memudahkan lagi kerja-kerja pembinaan di tapak.
Tahniah dan syabas juga kepada pasukan dari Bahagian Jalan JKR Rembau yang telah bertungkus lumus sejak dari awal pelaksanaan projek sehingga berjaya diserahkan kepada pelanggan. Semoga segala jasa dan keringat yang dicurahkan dalam pembinaan projek ini menjadi saham di akhirat kelak, InsyaAllah.
#JKRRembau
#JasaKepadaRakyat
- 1247 bacaan