Date: Khamis, Disember 5, 2024

Pada 4 Disember 2024 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Meroboh Dan Membina Kuarters Kompleks Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Padang Besar, Perlis oleh Jabatan Kerja Raya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku pemilik projek. Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Penyerahan projek ini dengan rasminya diserahkan dalam upacara  mendatangan dokumen serahan termasuk simbolik penyerahan replika bangunan oleh Dato’ Haji Ismail bin Salleh selaku Pengarah Eksekutif Kontraktor Solar Alert Sdn. Bhd.  kepada Ir. Norikhwan bin Haji Abu Seman, Pengarah JKR Negeri Perlis, selaku Pegawai Penguasa dan seterusnya kepada YBrs. Haji Ahmad Fuad bin Apandi, Setiausaha Bahagian, Kementerian Dalam Negeri dengan disaksikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Ismail, Menteri Dalam Negeri;  YB Tuan Izizam Bin Ibrahim (Exco Infrastruktur, Pengangkutan & Hubungan Sempadan, Kerajaan Negeri Perlis); YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis; YDH. IG Tan Sri Razarudin bin Husain @ Abd Rashid, Ketua Polis Negara; YBhg. Dato' Ir. Ibrahim Bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya  (Sektor Bangunan); YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN dan  YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha  (Pengurusan) KDN.

Reka bentuk bangunan ini mengunakan Teknologi Industrialised Building System (IBS) dengan Skor IBS 70.84%. Uniknya bangunan kuarters ini direka bentuk sepenuhnya tanpa menggunakan tiang dan rasuk konkrit sebaliknya menggunapakai Concrete Masonry Units (CMU) yang mana dinding CMU ini bertindak juga menapung beban struktur atas (Load Bearing Wall) selain bertindak sebagai penebat bunyi yang baik.  Projek ini juga telah mengambil kira aspek pembangunan Lestari dengan penerapan rekabentuk cekap tenaga, menggunapakai bahan-bahan binaan mesra alam sekitar, penyediaan Sistem Penuaian Air Hujan dan lain-lain lagi. Melalui sesi penilaian dan Penarafan Hijau (PH) JKR, projek ini telah memperolehi keputusan Tiga Bintang (Amalan Pengurusan Terbaik).

Skop utama projek ini adalah Meroboh Bangunan Sedia Ada dan Membina Bangunan Baru seperti :-

  1. Kuarters Kelas D (Sebanyak 1 Unit);
  2. Kuarters Kelas E (Sebanyak 4 Unit);
  3. Kuarters Kelas F (Sebanyak 120 Unit);
  4. Dewan Serbaguna, Surau, Kedai Koperasi dan Kafeteria, Tadika, Gelanggang Futsal Berbumbung, Menara Tangki Air, Rumah Sampah, Pondok Jaga, Pencawang Padat (Compact Sub), Padang Kawad serta lain-lain kerja yang berkaitan.

Projek AKSEM bermula pada 30 Ogos 2021 dan Perakuan Siap Kerja (CPC) telah dikeluarkan pada 12 November 2024 dimana projek ini juga telah berjaya disiapkan mengikut KPI serahan 3 dalam 1 iaitu:-

  1. Sijil Perakuan Kerja Siap (CPC);
  2. Lukisan Siap Bina;
  3. Penyata Akaun Muktamad – SOFA.

Selain itu, projek ini telah siap awal dua (2) hari dari jadual dengan mempunyai nilai tambah seperti berikut :-

  1. Tiada kemalangan;
  2. QLASSIC dengan Skor 75%;
  3. SHASSIC (Pencapai Tiga Bintang); 
  4. Zero Major Defect;
  5. Dokumen Penyerahan;
  6. Perlaksanaan Penarafan Hijau (PH) JKR;
  7. Anugerah Inovasi Cemerlang (Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja) Sempena SOC2024;
  8. Perlaksanaan Program Protege;
  9. Penyediaan Dokumen Coffee Table;
  10. Serahan Dokumen Aset Tagging Lengkap Sebelum CPC;
  11. Perlaksanaan Rekabentuk IBS.

Dengan siapnya projek yang kondusif serta memenuhi kapasiti, ciri-ciri keselamatan dan dengan infrastruktur yang lengkap, Secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengawal sempadan negara.

VIDEO MONTAJ : https://youtu.be/xglR-GKXgkw?si=uu44HmaW-8ilWI05 (link is external)

#IamJKR  #KitaJKR  #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat