Date: Isnin, Ogos 28, 2023

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Naik Taraf Sistem Penyaman Udara Berpusat Dan Sistem Pencegah Kebakaran Serta Pembinaan Pencawang Elektrik Baharu Di Kompleks Cawangan Khas E1, Kuala Lumpur telah diadakan pada 23 Ogos 2023 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna, JKR W.P. Kuala Lumpur, Sunway Putra Tower, Kuala Lumpur.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBrs. En. Fahrur Razi Bin Nasuka, Penolong Setiausaha, Bhg. Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan disaksikan oleh YBrs. Ir. Zailan Azwan Bin Zainal Badri, Jurutera Awam Kanan, Bhg. Pengurusan Projek 4, Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan YBrs. ASP. Mohd. Saifulnizam bin Masdi, Pegawai dari Jabatan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia(PDRM).

Majlis penyerahan ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Cawangan Khas (PDRM), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Cawangan Kerja Keselamatan, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pihak kontraktor Kejuruteraan JIR Engineering Sdn. Bhd.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) selaku Head of Project Team (HOPT) dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE), Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS), Cawangan Arkitek & Cawangan Kontrak & Ukur Bahan (CKUB) sebagai Head of Design Team (HODT) serta diselia oleh JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku Pegawai Penguasa. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor JIR Engineering Sdn. Bhd.  bermula pada 15 November 2021 dan telah berjaya disiapkan lebih awal daripada Tarikh Siap Semasa iaitu pada 10 Ogos 2023 dengan harga kontrak asal.

Projek ini melibatkan Kerja-kerja Menaik Taraf Sistem Penyaman Udara dan Sistem Pencegah Kebakaran serta Pembinaan Pencawang Elektrik Baru (PE5) dan pemasangan serta pentauliahan.

Projek ini turut berjaya disiapkan dan diserahkan secara 13 dalam 1 iaitu :

1.            Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 10 Ogos 2023

2.            Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing).

3.            Operation & Maintenance Manual (OMM).

4.            Penyata Akaun Muktamad, Statement of Final Account (SOFA).

5.            Penyediaan Manual Kepenggunaan (User Training)

6.            Coffee Table Book

7.            Projek Siap Awal (1 hari lebih awal daripada tarikh siap semasa)

8.            Penjimatan Siling Projek

9.            Penjimatan Siling Kontrak

10.          Zero Major Defect

11.          Zero Lost Time Injuries

12.          Zero Complaint

13.          Zero Non-Conformance Report(NCR) / Non-Conformance Product(NCP)

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semua HODT, KDN, PDRM, Kontraktor dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah berjaya menyiapkan projek ini mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan.