Date: Khamis, Februari 23, 2023

Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Dan Memulihara Struktur Fizikal Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar (Fasa II) telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2023 bertempat di Auditorium Blok Pentadbiran ILP Selandar.

Majlis Penyerahan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir Negeri Melaka dan majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Ir. Ismail bin Abd Rahman, Pengarah Kerja Raya Melaka dan YBrs. Tuan Shakib bin Ahmad Shakir, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia.  Majlis juga turut dihadiri oleh YBrs. Ts Dr. Hj. Sabri bin Zainuddin, Pengarah ILP Selandar dan YBrs. Ir. Kalam bin Mohd Nor, Jurutera Daerah Jasin.

Projek ini telah dilaksanakan secara konvesional dalaman. Skop projek adalah menukar struktur kekuda bumbung & penutup bumbung (Bengkel A, Bengkel B, Bengkel C, Blok Pentadbiran dan Dewan Makan), kerja pendawaian semula elektrik & sistem ICT, kerja menaiktaraf sistem penghawa dingin, kerja menaiktaraf sistem pencegahan kebakaran dan kerja menaiktaraf sistem LPG.

Matlamat utama pembinaan projek ini adalah untuk memastikan jangka hayat bangunan dapat ditingkatkan sehingga 50 tahun untuk faedah generasi akan datang, memperlengkapkan sistem pendidikan dengan kemudahan terbaik dan prasarana yang mantap, memberi keselesaan kepada tenaga pengajar dan para pelajar dalam menjalani latihan dengan suasana yang selesa dan kondusif untuk para pelajar.

Tempoh penyiapan kontrak asal projek ini adalah selama 134 minggu iaitu bermula 1hb. Julai 2020 sehingga 21hb. September 2021. Namun begitu, projek ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh penyiapan kontrak asal di mana projek ini berdepan dengan krisis pandemik Covid-19. Berkat kesungguhan pasukan kontraktor utama iaitu TTK Enterprise Sdn. Bhd. telah berjaya menyiapkan projek dengan jayanya dengan lanjutan masa (Extension of Time) dan disiapkan sepenuhnya dengan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah dikeluarkan pada 24hb. Januari 2023.

Dengan usaha dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat, projek ini berjaya disiapkan secara 11 dalam 1 iaitu :

  1. Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Statement Of Final Account (SOFA)
  3. Lukisan Siap Bina
  4. Operation & Maintenance (O&M)
  5. Penjimatan kos Projek
  6. Zero (0) Kemalangan di tapak
  7. Zero (0) kecacatan Major
  8. Pematuhan SOP Covid 19
  9. Objektif projek Berjaya penuh
  10. Jaminan bahan @ pengeluar
  11. Penyediaan ‘Coffee Table Book’

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Datuk Rahmad bin Mariman Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Pengarah ILP Selandar, Wakil Pegawai Penguasa Projek Jurutera Daerah JKR Jasin, Ketua Jurutera Elektrik Negeri JKR Melaka, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri JKR Melaka, Juruukur Bahan Penguasa JKR Melaka, Arkitek Kanan JKR Melaka, Cawangan Kejuruteraan Bangunan Am 2 JKR Malaysia, kontraktor TTK ENTERPRISE SDN. BHD. dan semua NSC yang terlibat di dalam pelaksanaan projek ini.

Syabas dan tahniah kepada kontraktor dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kesungguhan yang gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan penyiapan projek ini.