Date: Jumaat, Disember 20, 2024 

19 Disember 2024 – Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Naiktaraf Bangunan Dan Kemudahan Di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Dusun Tua, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan telah diadakan di Dewan Auditorium IKTBN Dusun Tua.
Majlis disempurnakan dengan kehadiran Puan Dalila Binti Sharingat ,Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan; Tuan Ts. Dr. Loke Kok Foong, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Dan Penyelenggaraan, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan; Tuan Ts. Johary Bin Yahya, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan yang Memangku Pengarah, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Dusun Tua; Tuan Sivabalan A/L Thomas, Penolong Setiausaha Kanan 1, Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia Dan Sukan dan Ir. Ts. Mohd Zamri Bin Mohamud, Jurutera Daerah, JKR Hulu Langat.
Pegawai Penguasa (SO) bagi projek ini adalah Ir. Ts. Mohd Zamri Bin Mohamud, Jurutera Daerah, JKR Hulu Langat dan Pn Nurul Ilyani Binti Ruslan sebagai Wakil Pegawai Penguasa Projek.
Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Kolej Vokasional Kajang Daerah Hulu Langat Selangor Darul Ehsan telah siap sepenuhnya 99 hari lebih awal iaitu pada 17 Disember 2024. Projek ini telah bermula pada 27 Disember 2023, tarikh siap asal adalah 25 Mac 2025.Projek ini telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 28 November 2024 yang dilaksanakan secara konvensional (dalaman). Pejabat JKR Daerah Hulu Langat, Selangor telah dipertanggungjawabkan sebagai Pegawai Penguasa bagi projek ini sekaligus menyelia dan memantau aktiviti di tapak bina.
Skop projek ini melibatkan :-

- Kerja-Kerja Menaiktaraf Di Bengkel Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara, Bengkel Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan, Bengkel Penyelenggaraan Kereta.
- Kerja-Kerja Menggantikan Pagar Tembok Kepada BRC Fencing.
- Kerja-Kerja Luaran : Baikpulih Tembok Penahan Dan Pagar, Baikpulih Parkir Motor Dan Pagar, Baikpulih Approach Slab, Wing Wall Dan Embankment Jambatan, Memasang Gabion, Kerja-Kerja Membina Jalan Baru, Naiktaraf Sebahagian Jalan Dan Memasang Perabot Jalan.
- Kerja-kerja penggantian sistem Elektrikal dan Mekanikal.
Secara keseluruhannya, projek ini dapat disiapkan secara 4 dalam 1 iaitu :-
- Penyerahan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh Kurang 3 Bulan Selepas CPC
- Lukisan Siap Bina
- Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor utama dan semua kontraktor NSC terlibat yang telah menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada HOPT/ HODT di JKR Selangor dan JKR Daerah Hulu Langat yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat

- 808 bacaan