Date: Ahad, March 21, 2021

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK NAIKTARAF KOMPLEKS MAJLIS SUKAN NEGARA telah diadakan pada 19 Mac 2021 (Jumaat) bertempat di Dewan Banquet Casa 4, Kompleks MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada jam 5.00 petang.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBrs. En. Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diiringi oleh YBhg. Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dan YBrs. Ir. Siti Nurulhuda Binti Amirrudin, Jurutera Awam Penguasa, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur .

Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran daripada YBrs. Sr. Siti Baizura Binti Mohammad Noor, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Jabatan Kerja Raya. Turut hadir sama ke majlis ini adalah pasukan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pegawai-pegawai daripada HOPT dan HODT, pihak perunding serta pengguna akhir (end user) Majlis Sukan Negara.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Perunding. Pengurus Program adalah Cawangan Kerja Bangunan Am 2, dan manakala Pegawai Penguasa Projek adalah Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bangunan ini dibina menggunakan sistem IBS yang telah ditender secara tender terhad dan kontraktor yang terpilih untuk melaksanakannya adalah Haluan Prisma Sdn. Bhd. Pembinaan projek ini bermula pada 19 Ogos 2016 dan telah berjaya disiapkan pada 19 Mac 2021. Kos kontrak asal projek ini adalah RM 42,966,769.76 tetapi telah disiapkan dengan kos sebenar berjumlah 40,254,843.13 dengan penjimatan sebanyak RM 2juta

Projek ini merangkumi 1 Blok Asrama 14 tingkat yang mengandungi 1 tingkat lobi utama, 11 tingkat asrama 6 orang sebilik (39 unit), 4 orang sebilik (10 unit), 2 orang sebilik (19 unit) dan 1 orang sebilik (2 unit) serta ruang-ruang servis dan sokongan. Projek ini turut terdiri dengan 1 blok podium 3 tingkat yang mengandungi 2 tingkat Tempat Letak Kereta Berbumbung dan 1 tingkat Dewan Banquet beserta ruang sokongan.

Projek ini turut berjaya disiapkan secara 7 dalam 1 iaitu :

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 19 Mac 2021

2. Perakuan Certificate of Completion and Compliance (CCC)

3. Statement of Final Account (SOFA)

4. Penyiapan As-Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual

5. Serahan projek pada tarikh perakuan CPC

6. Penjimatan kos projek

7. Zero accident dalam tempoh pembinaan

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR W.P. Kuala Lumpur, Cawangan Kerja Bangunan AM 2 selaku Pengurus Program, barisan pakar HODT JKR, Pihak Perunding, Haluan Prisma Sdn Bhd, Subkontraktor Dinamakan serta semua pihak serta agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan output kerja yang amat membanggakan.