Date: Selasa, Disember 14, 2021

Majlis Penyerahan bagi  Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng, Perak telah diadakan pada 7 Disember 2021 (Khamis) bertempat di Bilik HRDC Perpustakaan Kolej Matrikulasi Perak pada jam 10.00 pagi. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Tuan Ir. Ahmad Allnadhor Bin Hamim, Jurutera Daerah JKR Kampar kepada Puan Hamizar Binti Tahir, Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Perak dengan disaksikan oleh Ts. Tajul Firdaus bin Tajul Mulok, Jurutera Awam(Bangunan) JKR Kampar. Majlis penyerahan ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai JKR Daerah Kampar, wakil dari Cawangan Kejuruteraan Cerun Ibu Pejabat JKR Malaysia, pegawai-pegawai Kolej Matrikulasi Perak dan Wakil Pejabat Daerah Dan Tanah Kampar.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) selaku Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT) dan diselia oleh JKR Daerah Kampar selaku Pegawai Penguasa. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor Intellective Resources Sdn Bhd bermula pada 24 September 2019 dan telah berjaya disiapkan pada 17 November 2021 iaitu 23 hari lebih awal daripada tarikh siap dilanjutkan 9 Disember 2021.

Harga kontrak asal projek ini adalah RM 5,440,336.00 dan harga kontrak terlaras adalah RM 4,575,812.30 dengan penjimatan berjumlah RM 864,523.70 iaitu penjimatan sebanyak 15.89% daripada peruntukan asal.

Projek ini melibatkan kerja-kerja pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan cerun menggunakan Rockfilling, Soil Nailing, Contiguous Bored Piling dan Guniting.

Projek ini juga berjaya disiapkan secara 7 dalam 1 iaitu:

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC),

2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)

3. Penyata akaun muktamad (SOFA)

4. Projek Siap 23 hari awal

5. Penjimatan kos projek sebanyak RM 864,523.70

6. Zero Major Defect

7. Zero Lost Time Injuries

 

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR Daerah Kampar selaku Pegawai Penguasa, pihak HOPT & HODT Cawangan Kejuruteraan Cerun IP JKR Malaysia, pihak kontraktor Intellective Resources Sdn Bhd serta semua agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan penjimatan kos kontrak.