Date: Jumaat, September 11, 2020

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Institution, Kuala Lumpur telah diadakan pada 11 September 2020 (Jumaat) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Institution, Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Maria binti Marcus, Pengarah JKR W.P. Kuala Lumpur kepada Tuan Mohd Sayuti bin Azmi, Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaksikan oleh Tuan Musniyamin bin Mustapha, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruktur Dan Perolehan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut hadir sama ke majlis ini adalah pegawai-pegawai daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun selaku HOPT dan HODT serta wakil pengguna akhir bagi bangunan ini iaitu Puan Salinaz binti Saad Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Institution.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Pengurus Program adalah Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), manakala Pegawai Penguasa Projek adalah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kontraktor yang melaksanakannya adalah MRS TANJUNG BINA. Pembinaan projek bermula pada 16 Januari  2020 dan telah berjaya disiapkan pada 11 September 2020 iaitu 96 hari awal dari tarikh siap asal iaitu 16 Disember 2020.

Harga kontrak asal projek ini adalah RM 1,030,280.00 manakala harga kontrak semasa pula adalah RM 1,079,813.85. Walau bagaimanapun peruntukan asal yang diberikan adalah sebanyak RM 1,300,000.00 di mana tidak melebihi peruntukan asal seperti yang telah ditetapkan dan penjimatan bagi projek ini adalah sebanyak RM 220,186.15 (17 % daripada peruntukan asal).

Skop kerja pembaikan cerun melibatkan kerja-kerja soil nailing dan mircropile sedalam 18 meter dan kerja-kerja berkaitan.

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 10 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC),
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing),
  3. Penyata akaun muktamad (SOFA),
  4. Serahan projek pada tarikh CPC,
  5. Siap 96 hari awal,
  6. Penjimatan projek sebanyak RM 220,186.15
  7. Projek disiapkan tanpa EOT
  8. Zero Major Defect
  9. Zero Lost Time Injuries
  10. Cofffe table book

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR W.P. Kuala Lumpur, Cawangan Kerja Cerun selaku Pengurus Program dan HODT JKR, MRS TANJUNG BINA serta semua pihak serta agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan output kerja yang amat membanggakan.