Date: Isnin, Disember 6, 2021

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi  Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur telah diadakan pada 2 Disember 2021 (Khamis) bertempat di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri , Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Norman Bin Md. Rabani, Pengarah JKR W.P. Kuala Lumpur kepada Tuan Mohd Sayuti Bin Azmi, Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan disaksikan oleh Tuan Haji Yahaya Ruddin Bin Mohamed Yaacob, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Cerun Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Puan Hajah Noridah Binti Haji Ramlan, Pengetua Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur

 

Majlis penyerahan ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai KPM, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Cawangan Kejuruteraan Cerun.

 

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) selaku Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT) dan diselia oleh JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku Pegawai Penguasa. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor AIMAS ENGINEERING bermula pada 26 November  2020 dan telah berjaya disiapkan pada 26 November 2021 iaitu satu (1) hari lebih awal daripada tarikh siap asal 27 November  2021.

 

Harga kontrak asal projek ini adalah RM 2,376,000.00 dan harga kontrak terlaras adalah RM 2,335,795.13 dengan penjimatan berjumlah  RM 40,204.87 iaitu penjimatan sebanyak 2% daripada peruntukan asal.

 

Projek ini melibatkan kerja-kerja pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan cerun menggunakan sheet pile dan rockfill.

 

Projek ini juga berjaya disiapkan secara 7 dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC),
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)
  3. Penyata akaun muktamad (SOFA)
  4. Siap 1 hari awal
  5. Penjimatan projek sebanyak RM 40,204.87
  6. Zero Major Defect
  7. Zero Lost Time Injuries

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cawangan Kejuruteraan Cerun dan kontraktor AIMAS ENGINEERING serta semua pihak serta agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini mengikut kos, kualiti dan masa yang ditetapkan.

End User Puan Hajah Noridah Binti Haji Ramlan Pengetua SMS Seri Puteri, Wakil Pelanggan, Tuan Mohd Sayuti Bin Azmi, Ketua Penolong Setiausaha, KPM, Pegawai Penguasa, YBhg. Dato’ Norman Bin Md. Rabani, Pengarah JKR WPKL &  Wakil HOPT/HODT  Tuan Haji Yahaya Ruddin Bin Mohamed Yaacob Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Cerun.

Pasukan projek yang terdiri daripada WPP (Ukur Bahan) JKR WPKL, WPP (Utama), Bahagian Pembangunan, Bangunan 3, JKR WPKL dan HOPT dan HODT Cawangan Kejuruteraan Cerun

Pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan cerun menggunakan sheet pile dan rockfill

Pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan cerun menggunakan sheet pile dan rockfill

Pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan cerun menggunakan sheet pile dan rockfill