Date: Rabu, Disember 6, 2023

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KEPADA PELANGGAN

8 NOVEMBER 2023 (RABU) JAM 10.00 PAGI

MAJLIS PENYERAHAN

PROJEK PEMBAIKAN CERUN DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANTAI, BANGSAR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

&

PROJEK PEMBAIKAN CERUN BERHAMPIRAN GARAJ BAS SEKOLAH MENENGAH SAINS SERI PUTERI, KUALA LUMPUR

            Majlis Penyerahan dua projek siap seperti di atas kepada pelanggan telah diadakan pada 8 November 2023 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 19, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

             Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani, Pengarah, JKR WPKL kepada Yang Berusaha Tuan Mohd Sayuti bin Azmi, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Cawangan Pengurusan Hartanah dan Aset Alih, KPM dengan disaksikan oleh Puan Norzila binti Ali Musa, Pengetua Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Puan Noorfarahana binti Mustapa Kamal, Jurutera Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar Pudu, WPKL dan Ir. Siti Nurulhuda binti Amirrudin, Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Pembangunan, JKR WPKL.

Kedua-dua projek ini berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan secara 6 dalam 1 yang merangkumi:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Lukisan Siap Bina (As-built drawing);
  3. Penyata akaun muktamad (SOFA);
  4. Penjimatan kos projek daripada kos siling projek;
  5. Zero Lost Time Injuries dan
  6. Coffee Table Book

            Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan projek dan kontraktor, Zada Armega Enterprise dan Hijrah Perkasa Construction di atas kejayaan menyiapkan projek ini.

            Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga JKR WPKL di atas komitmen dan dedikasi di dalam memastikan penyiapan projek. Sehingga 8 November 2023, sebanyak 4 projek telah dapat diserahkan kepada pelanggan dan dijangkakan sebanyak 12 projek akan dapat diserahkan kepada pelanggan pada November 2023.