Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Ecotourism Taman Paya Bakau Kina Benuwa Labuan (Fasa 2) Labuan telah diadakan di Tapak Projek, Taman Paya Bakau Kina Benuwa, Labuan pada 25 September 2024. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Faizul Bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR WP Labuan kepada wakil Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, YBrs. En. Mohd Khairul bin Kassim (Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Prasarana, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) dan seterusnya diserahkan kepada pihak Perbadanan Labuan yang diwakili oleh YBrs. En. Ibrahim bin Tambi (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbandaran, Perbadanan Labuan).
Pelaksanaan kerja bagi projek ini merangkumi kerja-kerja pembaikan papan tanda, pembaikan lanskap kejur, baikpulih dan pembinaan titian kayu dan pembinaan floating jetty. Secara keseluruhannya projek ini telah disiapkan pada 3 September 2024.
JKR WP Labuan menyokong sepenuhnya usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta pihak Perbadanan Labuan dalam Pembangunan pelancongan serta pemuliharaan bangunan dan struktur warisan di Labuan. Dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, adalah diharapkan ianya menjadi tarikan utama pelancong di WP Labuan. Projek ini adalah merupakan satu usaha yang penting untuk memajukan sektor pelancongan di WP Labuan dan menjadikan kawasan ini sebagai destinasi ecotourism yang menarik.
Pihak JKR WP Labuan berharap agar hasil projek ini dapat dijaga dan disenggara dengan baik, supaya manfaatnya dapat dirasai dalam jangka masa yang panjang. Dengan adanya prasarana tambahan kelak seperti tandas dan surau dapat meningkatkan lagi keselesaan pengunjung dan menjadikan kawasan ini lebih menarik untuk aktiviti beriadah.
Setinggi-tinggi penghargaan pasukan JKR WP Labuan, pihak pelanggan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, pihak berkuasa tempatan dan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Bersama-sama, kita dapat mencapai lebih banyak kejayaan demi masa depan yang lebih baik. Syabas dan tahniah diucapkan.
- 433 bacaan