Majlis penyerahan serentak dua (2) projek siap kepada pelanggan telah dilaksanakan pada 18 November 2024 (Isnin) bertempat di Auditorium, Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Majlis bertambah seri dengan kehadiran Yang Mulia Raja Muhammad Azhan Shah bin Raja Muhammad, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan (RPM) Kementerian Kewangan Malaysia; Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti; Dr. Fary Akmal binti Osman, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi; Ir. Haji Hasbullah bin Haji Osman, AMP, PPT, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan dan Ir Andy Surin A/L Khoo Ah Chai, Jurutera Awam Penguasa Bangunan mewakili Pengarah JKR Negeri Kedah. Turut serta Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi selaku Pegawai Penguasa; Puan Siti Shauqiah binti Zindudin, Pengarah Urusan Maju Merge Resources Sdn. Bhd serta Haji Hisammuddin bin Hamid, Pengarah Urusan Bukit Timur Construction & Trading selaku Kontraktor Utama, wakil daripada pihak LADA, MOF,KPT, ICU dan semua yang terlibat.
PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN ASRAMA PELAJAR, KAFETARIA DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN DI LANGKAWI TOURISM ACADEMY (LTA) @ KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI.
Projek ini dilaksanakan secara Konvensional Perunding di mana tarikh milik tapak adalah pada 14 Oktober 2021 dan Tarikh Siap Projek (CPC) pada 10 Oktober 2024. Skop projek meliputi pembinaan blok baru Asrama Pelajar dengan kapasiti 160 orang (lelaki dan perempuan) termasuk pejabat dan rumah warden, surau,cafeteria, gelanggang serbaguna
Projek ini juga telah berjaya disiapkan dengan pencapaian berikut:
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
- Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
- Penyiapan As Built Drawing;
- Operation & Maintenance (O&M) Manual;
- Projek berjaya disiapkan lebih awal DARI tarikh Siap Semasa (5 hari awal);
- Zero Lost Time Injuries (LTI);
- Zero Major Defects; dan
- Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
PROJEK MEMBINA BARU PELANTAR DAYANG BUNTING
Reka bentuk bagi projek ini telah dilaksanakan sepenuhnya secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur & Pengangkutan (CKIP). Tarikh milik tapak projek adalah pada 8 Februari 2023 dan Tarikh Siap Sebenar adalah pada 15 November 2024. Skop bagi projek ini adalah membina sebuah Pontoon Baru dilengkapi dengan 1 kolam kanak-kanak dan sebuah Instagram Spot berkedudukan di dalam Tasik Dayang Bunting, Langkawi Kedah.
Projek ini telah berjaya disiapkan dengan pencapaian berikut:
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
- Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
- Penyiapan As Built Drawing;
- Operation & Maintenance (O&M) Manual;
- Projek berjaya disiapkan lebih awal DARI tarikh Siap Semasa (5 hari awal);
- Zero Lost Time Injuries (LTI);
- Zero Major Defects
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan Pasukan Projek di Daerah Langkawi dan JKR Negeri Kedah selaku pasukan penyeliaan tapak, Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT).
Setinggi - tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), MOF,KPT, perunding serta kontraktor atas komitmen dan usaha menjayakan penyiapan projek ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 769 bacaan