Date: Isnin, Januari 27, 2025

Pada 24 Januari 2025 (Jumaat),  Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Baharu Ibu Pejabat Polis (Ipd) Jeli, Kelantan Jeli telah diadakan di Dewan Seri Jeli, IPD Jeli. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. Projek ini merupakan satu lagi usaha strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperkasa infrastruktur penguatkuasaan keselamatan negara. Dengan terbinanya bangunan ini, kakitangan jabatan PDRM dapat menikmati ruang pejabat yang kondusif dan efektif di samping memberi perkhidmatan terbaik demi meningkatkan pengoperasian kepolisan harian.

Turut hadir sama adalah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Dato’ Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara, YBrs. Tuan Fakhrul Razi bin Ab Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim Bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), serta YBrs. Ir. Zamilah Binti Saad, (menjalankan tugas Pengarah Caw Kerja Keselamatan).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku kementerian pelanggan telah memberikan tanggungjawab kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia untuk melaksanakan pembinaan projek ini melalui  Cawangan Kerja Keselamatan  sebagai Pengurus Program dan Pasukan Projek Persekutuan Negeri, JKR Kelantan adalah sebagai Pegawai Penguasa. Kaedah pelaksanaan adalah secara Konvensional Perunding dan kontraktor yang dilantik adalah Ventechnologist Sdn Bhd. Dengan penyiapan projek ini, ia memberi satu semangat dan tanda dedikasi JKR Malaysia sebagai Agensi Pelaksana terhadap pembangunan infrastruktur negara.

Antara skop utama projek ini adalah Bangunan Pentadbiran 4 tingkat yang dilengkapi dengan indoor shooting range dan lokap, Cawangan Bengkel dan Kenderaan, Stor Barang Kes, Magazine House, Garaj Kenderaan Pasukan, Pondok Pengawal, Surau, Dewan Serbaguna, Kuarters yang boleh menempatkan 103 keluarga anggota polis termasuk Tadika, Taska, PERKEP serta kemudahan infrastruktur yang lain. 

Pembangunan IPD Jeli yang lengkap dengan fasiliti moden dan kemudahan infrastruktrur serta tempat kediaman anggota turut menyumbang kepada kemudahan dan keselesaan anggota di dalam melaksanakan ‘command & control’ ke arah meningkatkan kawalan keselamatan/ ketenteraman awam di kawasan setempat dengan ciri-ciri kawalan keselamatan dan dilengkapi dengan kemudahan yang moden kepada anggota.

Projek ini telah berjaya diserahkan secara 6 dalam 1, yang mana merangkumi;

a.         Penerimaan Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC)
b.         Penyediaan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
c.         Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
d.         Penyiapan Lukisan Siap Bina (As Built Drawing)
e.         Zero Lost Time Injuries (LTI) dan;
f.          Penyediaan Coffee Table Book
 
Pembangunan ini bukan sahaja memperkukuh kebajikan anggota PDRM, malah turut menyokong misi mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat selaras dengan matlamat Malaysia MADANI.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini daripada peringkat perancangan sehingga siap

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat