Date: Rabu, Disember 18, 2024

ARAU, PERLIS – Pada 17 Disember 2024, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Asrama Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Untuk 320 Pelajar Dan Lain-Lain Kemudahan Di Tapak PTP Smk Agama Arau, Perlis oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia kepada Kementerian Pendidikan (KDN) Malaysia selaku pemilik projek. Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan.

Penyerahan projek ini dengan rasminya diserahkan kepada pihak pelanggan dalam upacara mendatangani dokumen serahan, termasuk simbolik penyerahan replika bangunan oleh En. Shahrizan bin Senawi selaku Pengarah Urusan  Kontraktor Prohass Jaya (M) Sdn. Bhd.  kepada Ir. Norikhwan bin Haji Abu Seman, Pengarah JKR Negeri Perlis, selaku Pegawai Penguasa dan seterusnya kepada YBhg. Datuk Masyati binti Abang Ibrahim,  Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Upacara simbolik tersebut telah disaksikan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan; YBhg. Tuan Haji Omar bin Salleh, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia; YBrs. Tuan Rose Aza bin Che Arifin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis; YBhg. Dato’ Ir. Dr. Balamurugan a/l A Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan JKR dan TBrs. Puan Maznah binti Musa, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis, Jabatan Perdana Menteri

Reka bentuk bangunan ini adalah secara Teknologi Industrialised Building System (IBS) dengan Skor IBS 83.48%. Kaedah pelaksanaan projek adalah secara konvensional (dalaman) dan dilaksanakan sepenuhnya oleh JKR Negeri Perlis di mana pengawai penguasa projek adalah Pengarah JKR Perlis.  

Antara inovasi bagi projek ini adalah reka bentuk pembinaan kolam takungan dengan menggunakan kaedah Enviro Modular. Pengunaan teknologi Enviro Modular ini, dapat mengatasi kekangan keluasan tanah yang terhad bagi projek ini. Dengan terbinanya kolam takungan yang menggunakan kaedah moden ini, secara tidak lansung kawasan atas kolam tadahan yang lapang dapat dimanfaatkan oleh anak-anak pelajar untuk melakukan aktiviti riadah. Di antara kelebihan produk ini juga adalah pembinaan lebih cepat dengan penyelenggaraan yang mininum. Dengan inovasi seperti ini, kita dapat mengatasi kelemahan kaedah konvensional dan secara tidak langsung menyumbang kepada kelestarian industri pembinaan

Skop utama projek ini adalah seperti berikut :-

  1. 1 Unit Blok Asrama Lelaki (3 Tingkat),
  2. 1 Unit Blok Asrama Perempuan (3 Tingkat),
  3. 1 Blok Dewan Makan,
  4. 1 Unit Compact Sub TNB,
  5. 1 Unit Loji Rawatan Kumbahan,
  6. Kerja-Kerja Mekanikal,
  7. Kerja-Kerja Elektrik dan lain-lain kerja yang berkaitan

Projek ini juga telah berjaya disiapkan pada 30 Oktober 2024 dengan pencapaian KPI 3 dalam 1 iaitu :-

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC), pada 30 Oktober 2024 ;
  2. Lukisan Siap Bina, pada 28 Oktober 2024 ;
  3. Penyata Akuan Muktamad (SOFA) pada 30 Oktober 2024

Selain itu, antara pencapaian nilai tambah lain adalah :-

  1. Penjimatan sebanyak RM772,273,77 ;
  2. Zero Lost Time Injury (LTI) ;
  3. Dokumen Aset Tagging Lengkap Sebelum CPC ;
  4. QLASSIC dengan Skor 76% ;
  5. Dokumen Operation & Maintenance (O&M)

Semoga projek ini berupaya menyediakan akses dan kemudahan fasiliti yang berkualiti bagi meningkatkan lagi  pencapaian kecemerlangan pelajar di sekolah ini. Selain itu,  ianya juga dapat memberi impak positif iaitu penjimatan kos tambang bas pelajar dengan terbinanya asrama ini.  Pemusatan pelajar di asrama juga secara langsung dapat memudahkan pihak sekolah merancang dan memantau prestasi serta sahsiah pelajar secara lebih dekat lagi.

Video liputan media (Youtube) : https://www.youtube.com/watch?v=qqwMYK6Qbmg (link is external)

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy

#JasaKepadaRakyat