Date: Isnin, March 8, 2021

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Jalan Masuk Ke Sekolah Kebangsaan Pendang 2,  Daerah Pendang, Kedah Darul Aman telah diadakan pada 4 Mac 2021 (Khamis) bertempat di JKR Daerah Pendang, Kedah. Majlis penyerahan ini telah diadakan secara tertutup dengan bilangan kehadiran jemputan yang terhad dan mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Majlis Penyerahan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran oleh Yang Berbahagia  Dato’ Suraya Bt Yaacob selaku Exco Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air & Tenaga. Penyerahan projek ini telah di sempurnakan oleh Jurutera Daerah JKR Pendang, Ir. Khairul Nizam B. Yusoff kepada wakil pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, En. Mohd Zaki B. Abdul Rahman.

Projek Pembinaan Jalan Masuk Ke Sekolah Kebangsaan Pendang 2, Daerah Pendang, Kedah yang dilaksanakan secara Konvesional Dalaman ini telah dilaksanakan oleh Wahab Am Holdings Sdn. Bhd.  Kerja ditapak telah bermula pada 8 Jun 2020 dan kontraktor telah berjaya menyiapkan sepenuhnya mengikut syarat-syarat kontrak pada 11 Februari 2021 awal 32 hari berbanding Tarikh Siap Semasa pada 14 Mac 2021. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) projek ini telah dikeluarkan pada 17 Februari 2021. Skop utama meliputi pembinaan jalan raya masuk ke SK Pendang 2 sepanjang 167m dan menaiktaraf persimpangan Jalan Kota Sarang Semut/Titi Hj Idris (K133) Dengan Piawaian R5 (4 Lorong 2 Hala) Sepanjang 494m yang melibatkan kerja tanah, kerja geoteknikal, Sistem Perparitan, Pembentung, Perabut Jalan dan Garisan Jalan, Pemasangan Lampu dan Lampu Isyarat serta pengalihan utility.

Matlamat utama pembinaan jalan ini adalah untuk memastikan kelancaran laluan masuk kenderaan ke kawasan sekolah ini stabil dan selamat sekaligus menjamin keselamatan kakitangan dan pelajar sekolah serta penduduk setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurus Program iaitu Pengarah JKR Negeri Kedah dibantu , Head of Project Team (HOPT) : Jurutera Awam Penguasa Jalan, JKR Negeri Kedah, Head of Design Team (HODT) Rekabentuk Jalan/ Jambatan : Jurutera Daerah JKR Pendang bersama Jurutera Daerah JKR Kulim/Bandar Baharu, Head of Design Team (HODT) Ukur Bahan : Jurukur Bahan Penguasa JKR Negeri Kedah dan Head of Design Team (HODT) Elektrik : Ketua Jurutera Elektrik Negeri, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) Negeri Kedah yang telah merancang dan menyelaras pelaksanaan projek ini.

Jurutera Daerah JKR Pendang, Ir. Khairul Nizam B. Yusoff telah dilantik sebagai Pegawai Penguasa (PP) dan dibantu oleh Jurutera Jalan JKR Daerah Pendang selaku Wakil Pegawai Penguasa (WPP Utama)

Ucapan syabas dan tahniah juga kepada pihak Kontraktor Utama, Wahab Am Holdings Sdn. Bhd dan Kontraktor NSC (Elektrikal), AAY Jati Enterprise serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Projek ini bukan sahaja menepati KPI JKR Malaysia 3 dalam 1 malahan telah memberi nilai tambahan 12 dalam 1 merangkumi perkara-perkara berikut :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built);
  3. Rekabentuk Secara Dalaman (In-house)
  4. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
  5. Zero Major Defect
  6. Zero Lost Time Injuries (LTI)
  7. Siap Awal 32 Hari Dari Tarikh Siap Semasa
  8. Program CSR
  9. Best Practices Dalam Traffic Management System
  10. Pematuhan Penuh SOP COVID-19
  11. Objektif Projek Berjaya Dipenuhi
  12. Penyediaan Coffee Table Booklet

Semoga dengan penyiapan dan penyerahan projek ini, kemudahan jalan masuk ke Sekolah Kebangsaan Pendang 2 ini dapat memberi manfaat kepada penduduk tempatan dalam menjalani kegiatan harian dan juga membuka peluang pembangunan di kawasan setempat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Bahagian  Jalan, JKR Negeri Kedah selaku HOPT dan semua HODT, Kontraktor Utama Wahab Am Holdings Sdn. Bhd serta semua pihak atau agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Semoga kejayaan projek ini menjadi ikon bagi projek-projek lain khususnya di Negeri Kedah dan di seluruh Malaysia secara amnya.