Date: Isnin, Disember 16, 2024

Jumaat, 13 Disember 2024 – Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Masjid Kampung Sungai Puteri Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Faiz Syazwan bin Zainal Abidin (Ketua Penolong Pengarah Seksyen Khas, Jabatan Perdana Menteri). Turut hadir menyempurnakan majlis adalah YBrs. En. Rizal bin Mustafa (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang); Al-Fadhil Tn. Hj. Bunyamin bin Abdul Ghani (Qadhi Daerah Rompin) dan YBrs. Ir. Ts. Mohd Faiz bin Mohd Faudzi (Jurutera Daerah, JKR Daerah Rompin).

Projek Pembinaan Masjid Kampung Sungai Puteri Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur telah siap sepenuhnya pada 25 Ogos 2024. Projek ini telah bermula pada 8 Disember 2020 dan dilaksanakan secara konvensional (dalaman). Pejabat JKR Daerah Rompin, Pahang telah dipertanggungjawabkan sebagai Pegawai Penguasa bagi projek ini sekaligus menyelia dan memantau aktiviti di tapak bina. JKR Daerah Rompin telah melaksanakan pemantauan secara holistik melalui Sistem Kawal dan Lapor (SKALA) dan Sistem Pengurusan Bersepadu JKR yang melibatkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) IS0 9001:2015.

Skop projek ini melibatkan pembinaan seperti berikut :-

  1. Bangunan masjid berkapasiti 1200 jemaah;
  2. Blok menara ;
  3. Bangunan sokongan lain.

Secara keseluruhannya, projek ini dapat disiapkan secara 3 dalam 1 iaitu :-

  1. Serahan Projek Kepada Pelanggan;
  2. Lukisan Siap Bina;
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA) dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor utama dan semua kontraktor NSC terlibat yang telah menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya.  Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, HOPT/ HODT di JKR Pahang dan JKR Daerah Rompin yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat