Date: Khamis, Oktober 27, 2016

Satu Majlis Penyerahan Projek Pemulihan Dan Peningkatan Kem Tentera Darat Di Kem 3 Rejimen Renjer Diraja Oya, Sibu, Sarawak (Reka & Bina) telah berlangsung dengan jayanya di bangunan Markas Batalion pada 21 Oktober 2016.  Penyerahan bangunan telah disempurnakan oleh Ir. Tan Tiong Ben, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan(CKS), JKR kepada wakil pelanggan, Brigedier Jeneral Datuk Jamaluddin bin Jambi, Kementerian Pertahanan Malaysia.  

Projek ini bermula pembinaannya pada 17 Jun 2014 dan telah disiapkan dengan sempurnanya pada 3 September 2016.  Pembinaan projek ini mengguna pakai teknologi Industrialised Building System (IBS) bagi komponen dinding beberapa blok bangunan. Projek ini dilaksanakan secara Reka dan Bina (Design and Build) dengan kos kontrak semasa RM 45,572,600.00.  Keluasan tapak pembinaan projek adalah 68 hektar yang dibahagikan kepada 7 zon; Zon 1: Keselamatan, Zon 2: Markas, Zon 3: Kompeni; Zon 4: Kompleks Logistik, Zon 5: Kediaman Bujang, Wisma & Lain-lain Kemudahan, Zon 6: Kemudahan Umum dan Zon 7: Sukan.  Skop projek ini meliputi membina bangunan baru blok pentadbiran, pejabat dan kediaman serta kerja-kerja membaikpulih fasiliti sukan dan pusat ibadat sedia ada.  

Tahniah dan Syabas kepada seluruh Pasukan Projek.