Date: Rabu, November 29, 2017

Tanggal 28 November 2017, satu Majlis Penyerahan Projek Penggantian Dua (2) Unit Chiller di Blok F dan Sistem Penyaman Udara di Blok D (Lama) Serta Lain-lain Peralatan Berkaitan Untuk Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diadakan dengan jayanya.

Sesi menandatangani sijil penyerahan projek di antara Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) telah disempurnakan bersama oleh YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad yang mewakili CKM dan YBrs. Ir. Azizul bin Ariffin yang mewakili CSFB. Majlis tersebut turut disaksikan oleh YBrs. Ir. Gopal Narian Kutty, Pengarah Kanan, CKM, YBrs. Ir. Mamat Rohizan bin Abdullah, Pengarah Rekabentuk, CKM, En. Rosman bin Kamarudin, Ketua Pasukan Projek, En. Harjit Singh a/l Inder Singh dari CSFB serta Pengarah Urusan Kejuruteraan KMK Sdn. Bhd.

Projek ini telah berjaya diserah kepada pihak pelanggan secara ‘3 dalam 1’ iaitu bersama dokumen Perakuan Siap Kerja (CPC), Lukisan Terbina dan Manual Operasi & Senggaraan serta Penyata Akaun Muktamad (SOFA).

Skop pembinaan bagi projek ini melibatkan perkara-perkara seperti berikut:

a)    Blok F
i.      Kerja-kerja penggantian dua (2) unit chiller, satu set papan suis kawalan utama, satu unit menara penyejuk, kerja-kerja perpaipan di dalam chiller plant room dan pengalihan set pam sedia ada ke lokasi baru yang lebih sesuai.

b)    Blok D (Lama)
i.      Kerja-kerja membekal dan memasang sistem penyaman udara jenis berasingan, empat set papan suis dan sistem pendawaian.

Projek ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 5 bulan dan 11 hari lebih awal dari jadual, dengan penjimatan kos projek sebanyak RM47,026.90 atau 2.2%.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JKR dan pihak kontraktor serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan projek ini.