Date: Rabu, Ogos 30, 2023

Pada 29 Ogos 2023, bertempat di Dewan Sri Segama Penjara Lahad Datu, Sabah.  Majlis Penyerahan telah disaksikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail, Menteri Dalam Negeri dan  Yang Berusaha Ir. Tuan Haji Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dengan penyerahan replika kunci sebagai simbolik penyerahan oleh Yang Berusaha Ir. Jasmi Bin Wahab, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan seterusnya kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara.

Dengan penyerahan ini Kompleks Penjara Lahad Datu telah diambilalih pihak Penjara dan bertambah satu lagi fasiliti Kerajaan di Lahad Datu. Skop utama bagi projek ini adalah terdiri dari komponen bangunan seperti penjara ( blok banduan jatuh hukum, reman, asingan dan kuarantin, sementara dan HIV/Aids ), blok pentadbiran , kuarters dan lain-lain bangunan sokongan seperti menara kawalan, klinik, bengkel kemahiran, masjid, dewan,kemudahan awam dan asas, peralatan bengkel jahitan, dobi, dapur dan infrastuktur. Projek ini turut berjaya disiapkan secara 3 in 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Statement of Final Account (SOFA)
  3. Lukisan Siap Bina (As build drawing)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada terutama Wakil-Wakil Pengarah Projek, Pegawai Tapak Bina dan Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) JKR Malaysia, kontraktor utama, sub-kontraktor yang dilantik, syarikat-syarikat perunding dan juga pihak-pihak lain yang terlibat sama kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan jayanya dengan hasil kerja yang sempurna dan berkualiti.