Date: Khamis, November 14, 2024
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Perolehan Peralatan Dan Menaiktaraf Bangunan Bagi Tujuan Pemusatan Bidang-Bidang Kemahiran Sukan Di IKBN Kuala Langat Selangor telah dilaksanakan pada 14 November 2024 (Khamis) bertempat di IKBN Kuala Langat Selangor.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hanif Bin Latif, Jurutera Daerah JKR Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa projek kepada YBrs. Ts. Dr. Puteh Melor Wesma Binti Salehen, Pengarah IKBN Kuala Langat disaksikan oleh YBrs Tn. Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria (Timb. Pengarah JKR Selangor); YBrs. Tuan Muhammad Syamsul Hafidz Bin Muhammad Sanusi (Jurutera Bangunan); YBrs Tuan Asmadi Bin Maelah (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia KBS) dan YBrs.Puan Saidatul Fauziah Binti Abdul Raof JKR Selangor. Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai daripada JKR Selangor, Cawangan Kerujuteraan Mekanikal JKR Selangor, Cawangan Kerujuteraan Elektrik JKR Selangor , Pasukan Pejabat Selia Tapak (JKR KualaLangat), Pasukan Kontraktor serta warga IKBN Kuala Langat Selangor.
Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan secara Konvesional Dalaman. Pengurus Program adalah CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2 Bahagian Pengurusan Projek 1 manakala Pegawai Penguasa adalah Jurutera Daerah JKR Kuala Langat.
Perlaksanaan kerja Projek ini bermula pada 15 Jun 2023 dan berjaya disiapkan pada 8 Oktober 2024. Syabas dan tahniah diucapkan kerana projek ini dapat disiapkan 18 hari awal daripda tarikh siap semasa iaitu pada 26 Oktober 2024.
Skop kerja bagi projek ini melibatkan kerja – kerja seperti berikut:
- Kerja-Kerja Meroboh
- Menaiktaraf Bangunan Sediaada Kepada Bangunan Pejabat
- Bengkel Sukan Permotoran
- Individual Septic Tanks (IST)
- Landskap & Jalan
- Pagar Penghadang Bola
- Build In Furniture.
Sekali lagi syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak pelanggan, Kementerian Belia dan Sukan, Pasukan Projek JKR Daerah Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa, Pengurus Program (CKBA2), HOPT Bahagian Bangunan JKR Selangor, HODT JKR Selangor dan pihak kontraktor Aza Venture Sdn Bhd dan pihak IKBN Kuala Langat Selangor yang terlibat kerana telah BERJAYA menyiapkan projek ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 673 bacaan